iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Barangan. Show all posts
Showing posts with label Barangan. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Perancis Boikot Barangan Israel

type="html">
Sekumpulan aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel di sini, kelmarin.

Boikot barangan Israel
Sekumpulan aktivis melakukan demonstrasi memboikot 
barangan keluaran Israel di hadapan pasar raya di Paris.

Media tempatan melaporkan, kempen itu berlangsung di pasar raya terkemuka di Perancis dengan disertai lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan.

“Kempen itu bertujuan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan peneroka haram di wilayah Palestin,” memetik laporan itu.

Baru-baru ini, Kesatuan Eropah (EU) turut mengharamkan 28 negara anggota menggunakan dana EU bagi projek penempatan haram Israel di wilayah Palestin menurut Press TV.

EU juga menambahkan tekanan apabila mensyaratkan semua kontrak dua hala antara negara anggota EU dan Tel Aviv perlu memasukan klausa bahawa Baitulmuqaddis, Genting Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bukan milik Israel.

Tolak anugerah tertinggi Israel

Mervat Hassan
Pegawai muzium, Irena Steinfeldt menunjukkan 
sijil anugerah tertinggi yang mengiktiraf Helmy.

Sementara itu, seorang ahli keluarga seorang doktor warga Mesir bertindak menolak penghormatan tertinggi yang mahu diberikan Israel pada bulan lalu atas jasanya ketika insiden pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi di Berlin pada 1933-1945.

Mervat Hassan, anak saudara kepada isteri Dr Mohamed Helmy memaklumkan mereka berbesar hati untuk menerima anugerah seumpama itu jika diberikan oleh negara lain.

"Keluarga kami enggan menerima anugerah daripada rejim Zionis. Keputusan ini juga ada kaitan dengan permusuhan berpanjangan antara Mesir dan Israel walaupun kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian damai pada 1979," katanya.

Menurut Mervat, pakciknya hanya menjalankan tugas tanpa mengira bangsa atau agama pesakit ketika insiden didalangi tentera Nazi tersebut.

Dipetik AP, kelmarin, jurucakap Muzium Yad Vashem turut mengkritik keputusan keluarga doktor tersebut yang didakwa kononnya dipengaruhi sentimen politik.

Difahamkan, Helmy yang meninggal dunia pada 1982 ketika berusia 81 tahun pernah melanjutkan pelajaran ke Berlin untuk mendalami ilmu perubatan pada 1922 dan turut berkhidmat sebagai pakar urologi di negara itu hingga 1938.


View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Kedai Barangan Seks Halal Online!

type="html">
Sebuah kedai dalam talian menawarkan barangan seks yang dibenarkan Islam serta minyak urut dan pewangi dilancarkan di Turki, kelmarin, menjadikan ia bisnes pertama seumpamanya di negara berkenaan.

Helal Sex Online - Turkey

Laman sesawang Kedai Seks Halal berkenaan menawarkan produk yang disahkan “selamat sepenuhnya” dan mematuhi semua norma dalam ajaran Islam.

Pelayar Internet yang masuk ke laman sesawang itu akan menemui dua capaian berbeza yang mengasingkan produk untuk lelaki dan wanita.

Bahagian lain laman sesawang itu direka untuk membincangkan seks dalam konteks Islam di bawah pelbagai tajuk, seperti Seks Oral Menurut Islam, Adab Seks Dalam Islam dan Kehidupan Seks Dalam Islam.

Pengasasnya yang enggan dikenali berkata, mereka percaya kedai dalam talian itu dapat memperbetulkan prejudis terhadap Islam selepas selama ini ia dianggap agama yang menentang seks. -AFP


View the original article here