iklan 728x90

Pages

Showing posts with label bomba. Show all posts
Showing posts with label bomba. Show all posts

Monday, 14 October 2013

Nenek panik hilang gigi palsu telefon bomba

LONDON - Seorang nenek dilaporkan telah melemparkan gelas yang dipenuhi air untuk memisahkan anjing berkelahi. Tetapi si nenek lupa dalam  gelas tersebut mengandungi gigi palsunya .

Dengan keadaan panik , nenek tersebut langsung menelefon bomba. Ternyata kejadian di atas bukanlah panggilan aneh pertama yang diterima pemadam kebakaran di London.

Dalam satu tahun ini , bomba di London telah menerima puluhan panggilan telefon yang dianggap lucu.

Panggilan lucu tersebut di antaranya adalah laporan soal telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas dan panggilan untuk membantu menukar tayar . Selain itu, mereka juga pernah menerima laporan adanya labah-labah yang merayap di bantal penghuni rumah.

Namun yang teraneh iaitu panggilan untuk menolong seorang lelaki yang kasutnya tersangkut di atas bumbung rumah . Akibat banyaknya panggilan tidak penting, pegawai kanan bomba London , Dave Brown bersuara.

"Cadangan saya, jika bukan dalam kecemasan jangan telefon kami . Kami ada untuk memberi respons kecemasan yang nyata. Apabila anda mencari tupai di dapur atau lupa menaruh kunci, sekali lagi jangan telefon kami ," tegas Brown seperti dilansir Metro , Sabtu ( 12/10 / 2013) .

okezone
 


View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Berita | Gelandangan diselamat bomba









gelendangan, kuala lumpur, berita, bomba,



Gelanda Kuala Lumpur- “Ketika kami sedang tidur, saya terasa seperti air mengenai badan dan apabila terjaga didapati air Sungai Klang sudah mulai naik,” kata Shah, 26, seorang gelandangan yang terpaksa berpaut pada tebing tinggi hampir empat jam di bawah Jambatan Warisan berdekatan Pasar Seni, di sini, petang semalam.

 


Shah merupakan salah seorang daripada lima gelandangan berusia 19 dan 33 tahun yang diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur selepas terperangkap di bawah jambatan berkenaan berikutan air naik dalam kejadian hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, dia bersama empat lagi rakan lain pada mulanya berdiri di kawasan tinggi dan apabila hujan semakin lebat, paras air sungai naik dan akhirnya mereka terpaksa berpaut pada tebing tinggi.

“Apabila hujan lebat, saya berasa bimbang jika air naik lebih tinggi. Ketika itu, secara kebetulan saya ternampak seorang rakan yang juga tinggal di tempat sama dan menjerit meminta tolong daripadanya.

Lima gelandangan terperangkap di bawah jambatan berikhtiar mencari jalan keluar.



gelendangan, kuala lumpur, berita, bomba,


gelendangan, kuala lumpur, berita, bomba,



“Akhirnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur datang menyelamatkan kami,” katanya – Hmetro Online









Sumber : berita-harian.net