iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Nenek. Show all posts
Showing posts with label Nenek. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Kisah Nenek Diraba Hantu Setiap Malam




SEJAK empat bulan yang lalu, Doris Birch, nenek berusia 73 tahun yang tinggal di bandar British iaitu Herne Bay, dilaporkan diganggu beberapa malam oleh hantu yang terus meraba-rabanya apabila dia cuba untuk berehat.“Ianya seperti sotong kurita. Ketika itu saya berbaring di katil dan sepasang tangan menakutkan mulai terasa meraba-raba. Saya menendangnya dan tangan itu hilang”, jelas Birch.

“Lain kali ia datang saya lemparkan selimut tebal ke lantai!” Tetapihantu itu terus kembali dan Birch telah menggunakan langkah-langkah drastik untuk berurusan dengan entiti tersebut.
“Saya perlukan pemburu hantu,” tegasnya. Mediator gaib Ray Herne mengatakan, dia akan cuba mengusir hantu itu.
Kejadian yang disebut poltergeist seperti ini diyakini merupakan perbuatan hantu jahat. Poltergeist sendiri berasal dari bahasa Jerman dari kata ‘poltern’ atau membuat kacau dan ‘geist’ yang bererti arwah. Selain daripada keganasan misteri dicabul itu, ketakutan bekas pembantu jururawat yang tampil dengan cerita beliau mungkin membuatkan orang berfikir bahawa dia tidak dapat untuk menjaga dirinya sendiri.

Penyelidik paranormal dan blogger Huffington Post iaitu Alexandra Holzer berkata, adalah sukar untuk mengetahui apa yang memberi inspirasi serangan seksual yang menyeramkan itu tanpa siasatan penuh yang sepatutnya dengan pemeriksaan pengantara-trans yang terlatih dan penyelidik serta sejarah rumah Birch sendiri.

View the original article here

Monday, 14 October 2013

Nenek panik hilang gigi palsu telefon bomba

LONDON - Seorang nenek dilaporkan telah melemparkan gelas yang dipenuhi air untuk memisahkan anjing berkelahi. Tetapi si nenek lupa dalam  gelas tersebut mengandungi gigi palsunya .

Dengan keadaan panik , nenek tersebut langsung menelefon bomba. Ternyata kejadian di atas bukanlah panggilan aneh pertama yang diterima pemadam kebakaran di London.

Dalam satu tahun ini , bomba di London telah menerima puluhan panggilan telefon yang dianggap lucu.

Panggilan lucu tersebut di antaranya adalah laporan soal telefon bimbit yang jatuh ke dalam tandas dan panggilan untuk membantu menukar tayar . Selain itu, mereka juga pernah menerima laporan adanya labah-labah yang merayap di bantal penghuni rumah.

Namun yang teraneh iaitu panggilan untuk menolong seorang lelaki yang kasutnya tersangkut di atas bumbung rumah . Akibat banyaknya panggilan tidak penting, pegawai kanan bomba London , Dave Brown bersuara.

"Cadangan saya, jika bukan dalam kecemasan jangan telefon kami . Kami ada untuk memberi respons kecemasan yang nyata. Apabila anda mencari tupai di dapur atau lupa menaruh kunci, sekali lagi jangan telefon kami ," tegas Brown seperti dilansir Metro , Sabtu ( 12/10 / 2013) .

okezone
 


View the original article here