iklan 728x90

Pages

Monday, 30 December 2013

Iklan Produk Beauty Umaira Yang Sesungguhnya Mengundang Penampar Ke Muka Kak Ton…

 

Kak Ton bijak menggunakan peluang dengan mengetengahkan ‘bakat-bakat’ baru yang dicungkil menerusi laman perkongsian video popular, Youtube iaitu Bobo dan juga Syasya Legoland.
Iklan produk Beauty Umaira ini menggunakan ‘tagline’ popular Syasya, “macam cantik, macam comel je” dengan lenggok dan gaya bersahaja ketiga-tiga personaliti tersebut.
Ketika menonton video ini terdetik perasaan meluat melihat aksi gedik dan ‘adik-adik’ yang ditonjolkan Bobo.

Jom kita tengok iklan Beauty Umaira yang telah diusahakan oleh Kak Ton :-
 
http://www.youtube.com/watch?v=MHwAT1UGFV0&feature=player_embedded


SANGAT COMEL!!! Akim dan Stacy merancang untuk Berkahwin?

 

Wow! Berita ini setelah sekian lama sememangnya dinantikan oleh peminat Akim dan Stacy. Nampaknya mereka berdua merancang untuk berkahwin dan Stacy juga nampaknya tertarik dengan Islam.

Bekas juara program realiti televisyen, Akademi Fantasia Musim Ke-6 (AF6), Stacy mengakui dia dan Afiq Hakim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Akim, kini hangat bercinta & bersedia untuk berkahwin.

Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata, dia  semakin tertarik mendalami Islam


Gambar Sekitar Majlis Resepsi Fizo Omar & Mawar Karim di Kelantan -

 

Hasrat pelakon popular, Fizo Omar untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan di kediamannya di Taman Sri Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan, akhirnya tercapai semalam.

Lebih kurang 15,000 tetamu datang membanjiri kediaman mereka termasuk rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, yang tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Antara tetamu kehormat yang hadir ke majlis tersebut ialah bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup meluangkan masa memenuhi undangan daripada pelakon itu sendiri.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar Karim di Kelantan.
 





 


Neelofa Mengamuk Di Instagram Kerana Difitnah Khalwat

 

Bekas pengacara rancangan MeletOp, Neelofa meluahkan perasaan kesalnya di laman Instagram selepas difitnah berkhalwat pada Khamis lalu tanpa sebarang bukti kukuh.

Menurut pelakon itu, tuduhan berkenaan benar-benar menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti. Katanya, jika benar dia berkhalwat, sudah pasti ada laporan rasmi polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi.
"Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi."
"Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya. Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih."
Sementara itu, Neelofa sempat menegur sikap wartawan yang suka menyebarkan gosip-gosip tidak sahih agar membuat penyiasatan terlebih dahulu sebelum menyiarkan apa-apa artikel berkaitan salahlaku selebriti.
"Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.
Baca kenyataan penuh Neelofa di bawah yang sempat dimuatnaik beliau di laman Instagramnya sekitar petang tadi. Pelakon seksi itu jelas sangat kecewa dengan tuduhan yang disebarkan di akhbar tempatan.


Nisha Dirr Bakal Bertunang 5 Januari 2014

 

Nampaknya pelakon Nisha Dirr, 30 bakal mengikat tali pertunangannya dengan jejaka pilihan hatinya pada 5 Januari 2014.

Menurut info, Nisha dan jejaka pilihan iaitu Edi Khushairy B. Dato Abd Kadir, 34, akan melansungkan majlis pertunangan mereka di Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara.


Nisha dan pasangannya yang merupakan seorang ahli perniagaan ini telah berkenalan selama tiga tahun. Jejaka ini dikatakan mula bertemu dan terpikat dengan Nisha sewaktu dia hadir ke lokasi penggambaran untuk bertemu dengan rakannya yang merupakan seorang pengarah.


Menurut Nisha, majlis pertunangannya hanya diadakan untuk keluarga terdekat sahaja. Namun, pelakon ini tidak keberatan menjemput Media Hiburan ke majlis ini.