iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Friday, 7 February 2014

Cikgu Bersalah Buat Love Bite dan Cium Bibir Pelajar


Guru 42 Tahun Didapati Bersalah Buat Gigitan Cinta dan Cium Bibir Pelajar 13 Tahun | Di Singapura seorang guru wanita sekolah rendah berusia 42 tahun didapati bersalah melakukan aksi berahi membabitkan muridnya yang baru berusia 13 tahun.
Guru terbabit didakwa beberapa kali mencium bibir murid terbabit selain meninggalkan ‘gigitan cinta’ pada tengkuk dan bahu mangsa.

Harapkan cikgu, cikgu makan murid.
Akhbar New Strait Times melaporkan, guru yang dirahsiakan identitinya kerana dibimbangi boleh terkait dengan identiti mangsa telah beberapa kali keluar janji temu dengan murid tersebut sejak awal 2012, ketika mangsa berusia 12 tahun lagi.
Dia mula mengenali mangsa kerana anak lelakinya turut bermain bola sepak dalam pasukan sama, selain mengajar tarian Melayu kepada dua kakak mangsa.
Pada penghujung 2012, mangsa dikatakan sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk sarapan pagi bersama guru tersebut di McDonald Nanyang Technological University.
Setelah itu, mereka sama-sama menaiki bas ke taman berhampiran. Di sinilah mangsa dicium dan diberikan gigitan cinta sebelum dibawa pergi menonton wayang di Clementi Mall.
Pada Oktober 2013, guru terbabit didakwa mengulangi perbuatannya di Botanical Garden diikuti keesokan harinya di Sentosa, begitu juga pada tarikh 13 November 2013.
Perbuatan keji itu hanya terbongkar selepas ibu mangsa yang tujuh tahun lebih muda daripada guru terbabit terlihat gigitan cinta di leher anaknya pada 14 November. Setelah didesak anaknya menceritakan apa telah berlaku.
Sebaik mengetahuinya, ibu mangsa membuat laporan di sekolah dan balai polis.
Ketika perbicaraan suami guru tersebut dan ahli keluarganya yang lain turut hadir dan menenangkannya yang kelihatan bersedih, lapor Mynewshub.
Keputusan akan diumumkan 19 Februari ini. Sabit kesalahan, guru terbabit boleh didenda SD10,000 dan lima tahun penjara. sumber

Monday, 3 February 2014

Gadis Menemui Ajal Saat Gugurkan Janin


Gadis Mati Akibat Menggugurkan Janin | Gadis ini dipercayai mati akibat menggugurkan janin. Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua.

Sunday, 2 February 2014

Gambar- Adik Rakam Detik Akhir Hayat Abang Sendiri

Gambar- Adik Rakam Detik Akhir Hayat Abang Sendiri | Melihat darah daging sendiri menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman yang amat pahit.


Gambar- Adik Rakam Detik Akhir Hayat Abang Sendiri

Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan abangnya yang sedang meniti saat-saat  akhir sebagai pesakit kanser menggunakan foto, derita itu kelihatan jelas dan menyentuh hati.


Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.

Sel kanser yang dihidap Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di seluruh tubuhnya.


Kesakitan itu tertera jelas dalam gambar-gambar dirakam Ahmad Yusni, antaranya momen pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown, Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahu pun minuman.

Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan.


Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.

Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.


Paling tidak dapat dilupakannya, terdapat dua malam di mana dia melihat abangnya bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat depan mata namun tidak ada apa yang mampu dilakukan bagi membantu. Akhirnya dia ikut menangis kerana terlalu sedih.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Sani. - Dailymail UK

BILA DAH TERLANJUR TAK GUNA MENYESAL!!!


Hakikatnya bukan diorang tak tau yang dia seorang yang mempunyai masalah moral yang kronik. Diorang bukannya tak kenal siapa dia yang sebenarnya. Tapi diorang jugak yang nak sokong dia.

Apa gunanya diorang nak meroyan tak tentu arah bila kena liwat dengan Si Ketua Penipu tu secara terang- terangan? Menyesal sekarang ni dah tak guna dah. Buat mengabihkan masa je.

Tu pun kira nasib baik Si Ketua Penipu tu tak dapat jadi Perdana Menteri. Kalau tidak, lagi teruk dari itu tindakan yang akan dia buat. Percaya la. Itu satu kepastian yang telah dibuktikan.

Jadi, untuk apa puak - puak BERSHIT tu nak rasa terkejut sangat dengan tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu? Nama parti pun dah melambangkan pemimpin diorang.

Jangan la heran sangat dengan tindakan puak - puak PKR tu. Diorang memang dari dulu suka buat kecoh tak tentu arah. Diorang bukan suka sangat keadaan aman tenteram macam sekarang ni.

Nak harapkan diorang menghormati kepercayaan rakyat? Jangan mimpi la!!! Buat mengabihkan masa je sebenarnya. Rakyat ni tak penting bagi diorang. Inikan pulak kepercayaan mereka terhadap Pakatan. Yang pentingnya hanya kuasa Politik. Rakyat ni diorang peduli pun tidak!!!
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.

Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR.

"Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya. Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari in.

Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah.

"Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam. Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu."

Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.

MEMANG TAK MALU SUNGGUH DIA NI!!!


Huh!!! Memang dasar muka tak malu sungguh dia ni rupanya. Bila dah tersingkir dan dipinggirkan baru la dia nak bersuara menyalahkan orang itu dan ini tak tentu arah.

Nampak gayanya, hubungan 'Profesional' Si Mansor ni dengan Si Guan Eng tu telah membawa mereka ke satu tahap yang lebih tinggi. Tinggi dari dakwaan Mansor terhadap Si Guan Eng tu.

Jika sebelum ini, kita dah banyak baca cerita pasal perbalahan diantara Si Mansor ni dengan Guan Eng. Nak pulak bila Si Mansor tu tuduh Guan Eng tu seorang yang 'Sombong, Angkuh dan Tokong'.

Malah baru - baru ni pun, Si Mansor tu jugak masih lagi kuat mengkritik Si Guan Eng tu secara terang - terangan didalam wawancara yang diadakannya dengan pihak media.
Kita sebagai orang luar pun boleh nampak dengan jelas bahawa Si Mansor ni masih lagi ada dendam kesumat yang membuku dihati terhadap Si Guan Eng tu. Baru sekarang dia boleh luahkannya.

Mungkin itu merupakan diantara sebab musabab Si Mansor tu serik nak bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri dan lari ke Parlimen. Menyampah sangat dah dia dengan Guan Eng gamaknya.

Tapi nak buat macam mana. Bukan orang suruh diorang berkawan dengan puak - puak DAPigs tu. Diorang sendiri yang terhegeh - hegeh nak mengikut bontot puak - puak tu.

Walhal orang dah banyak kali dah bagitau kat diorang. Puak - puak DAPigs ni tak boleh percaya. Diorang ni semuanya spesis biawak. Dah diorang yang Gila Kuasa sampai sanggup ikut cakap puak - puak DAPigs tu. Sekarang, sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
GEORGTOWN: Kegagalan PKR serta PAS meraih sokongan majoriti pengundi Melayu disebabkan kerjasamanya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat yang sering menjadi sasaran Barisan Nasional (BN), kata Ahli Parlimen Nibong Tebal Datuk Dr Mansor Othman.
Jelas Naib Presiden PKR ini, PKR dan PAS telah mencapai satu tahap terbaik untuk bersaing dengan Umno bagi meraih sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum.
"Ia bukan kerana PAS atau PKR tapi DAP sebab bila ada DAP maka BN akan gunakan isu seperti kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah DAP, tiupkan sentimen PAS anti-Melayu dan sebagainya.
"Bila jadi macam ini, ia bukan sahaja menyukarkan PKR dan PAS tapi kita memerlukan unsur lain atau faktor ketiga," katanya dalam temubual bersama Antarapos baru-baru ini.

BETUL KE DIA MALU BILA KEMALUANNYA DI'BELA' POMPUAN???


Alahai!!! Kalau betul pun, tak salah beb. Lelaki mana yang tak malu bila maruah diri sendiri tak dapat nak dijaga. Malah bertambah malu bila yang menjaga kemaluan dia tu adalah seorang perempuan.

Kalau perempuan tu cantik, boleh tahan la jugak. Boleh la dia terima. Tapi kalau dah yang menjaga kemaluan dia tu hanya seorang Andartu yang 'Blur' tak selera jugak dibuatnya!!! 

Maka sebab tu la dia keluarkan kenyataan dibawah!!! Tinggal lagi, kenyataan ni pun masih tak dapat kita nak terima. Entah ye ke tidak dia marah Si Faekah tu. Jangan - jangan tu semua hanya sandiwara diorang belaka. Maklum la, Parti Kuat Menipu la katakan!!!
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan pegawai kanan dan penyokong setia beliau, Faekah Husin untuk menghentikan perang Twitternya kerana ia hanya mengeruhkan keadaan bersabit pilihan raya kecil Kajang.
Sejak minggu lalu, Faekah menggunakan Twitter untuk mengecam apa yang beliau lihat sebagai “pihak luar yang bernafsu besar” mahu menggulingkan Khalid.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar itu turut menggesa pihak dari luar Selangor yang mahu menjadi  mengambil alih jawatan itu daripada Khalid untuk meneliti perlembagaan negeri dan tidak terlaku yakin pada diri.
Kenyataan itu dillihat sebagai bantahan terbuka Faekah terhadap langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di PRK Kajang yang dikatakan bertujuan untuk membolehkan beliau di lantik sebagai Menteri Besar baru menggantikan Khalid.
Kata Khalid, Faekah tidak wajar menggunakan laman sosial untuk menyatakan sebarang ketidakpuasan hatinya kerana bimbang ia akan menimbulkan kemarahan daripada mana-mana pihak.
"Saya juga mengharapkan kita tak boleh guna itu (laman sosial), sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain.
"(Ia) satu usaha yang mungkin mencetuskan kemarahan dan juga mencetuskan rasa tidak percaya " katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.
Dalam mesej-mesej Twitternya sebelum ini, Faekah juga menyifatkan timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai “hero ala badut", susulan penggugurannya daripada lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

GEMPAR! Pelajar IPTA yang cantik ini dicabul oleh Doktor di Shah Alam?

SHAH ALAM : Dr. Wan Azman didapati bersalah mencabul seorang pelajar perempuan sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 26 tahun di sebuah klinik di sekitar Shah Alam, Pusat Komersial Seksyen 7 di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya. Pelajar itu bagaimanapun masih trauma dengan kejadian ini.

Saturday, 1 February 2014

Riza Shahriz, Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni

Riza Shahriz Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni SYOKBAH Riza Shahriz, Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni
Riza Shahriz, Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni - Anak kandung Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz yang merupakan hasil perkahwinan terdahulu, dikatakan menganggap agenda lucah yang dimasukkan dalam filem terbitannya The Wolf Of Wall Street sebagai seni semata-mata.
Apa pula pendapat korang semua? Jom baca keratan akhbar di bawah untuk lebih lanjut tentang persepsi Riza Shahriz Abdul Aziz. Sekiranya kurang jelas, klik pada imej untuk pembesaran. – sumber
Riza Shahriz Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni SYOKBAH 2 618x487 Riza Shahriz, Anak Rosmah Mansor anggap agenda lucah itu seni
(15)

PANAS - Gadis Melayu Bertudung Tapi Pakai Shorpants...


KITA akui fesyen bertudung kini sedang melalui satu evolusi besar dengan kemunculan pelbagai jenis fesyen tudung pelbagai rupa.
Ada yang melilit ke sana sini, ada yang seperti berselubung, ada juga yang lengkap dengan purdahnya sekali.
Kita juga tahu akan pelbagai nama fesyen tudung ini dan kebanyakannya diambil sempena gaya pemakaian artis-artis yang memakai tudung dalam kerjaya seni mereka.
Bagaimanapun, foto diatas boleh difahami ia menunjukkan dua gadis yang memakai tudung tetapi yang penulis agak bingung ialah apabila ia digayakan bersama dengan seluar pendek yang singkat sehingga menyerlahkan peha mereka.
Dari sepanduk tempat mereka bergambar itu jelas tertulis “Comel Tak Saya?” – Lajnah Dakwah Pembelaan Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.
Kalau mengikut sangkaan baik penulis, kemungkinan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengadakan kempen dakwah di situ dengan menyediakan beberapa helai tudung untuk digayakan wanita bukan Islam. 

Pada ketika dua gadis ini lalu dan menggayakan tudung di situ lantas bergambar bersama poster program berkenaan.

Jika begitu gayanya, sepatutnya pihak Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang menyediakan jubah bagi mereka untuk sarungkan sebelum bergambar sempena program berkenaan.
Jika begini sudahnya, memang buntu dan terkejut para ibu-ibu dan bapa-bapa Muslim tengok keraja ia amat di luar kebiasaan cara pemakaian tudung litup yang betul.

Thursday, 30 January 2014

9 Gambar: Agnes Monica ghairah tayang pangkal dada di Grammy's

Tu diaa... Agnes Monica (Agnez Mo) dengan beberapa foto menarik semasa menghadiri after party penghargaan Grammy Awards 2014, di The Palm Los Angeles, California.

Beliau dilihat berpesta sakan bersama selebriti antarabangsa yang bergabung di bawah label Sony Music.

Agnes Monica begitu seksi dengan memakai blazer hitam yang dipadukan dengan bra berwarna biru yang sedikit terbuka dan memamerkan belahan buah dadanya yang montok.

Saksikan gambar seterusnya, enjoy!








Kenapa Suami Menolak Hubungan Intim dengan Isterinya?

Siapa kata hanya wanita yang sering `menolak` ketika diajak berhubungan seksual oleh suaminya. Saat ini, lelaki pun mempunyai alasan tak ingin `diajak` berhubungan intim oleh isterinya.
Wanita tentu ingin tahu penyebab suaminya tak mahu berhubungan seksual dengannya. Ini alasannya:
Kenapa Suami Menolak Hubungan Intim dengan Isterinya
Lelaki keletihan
Lelaki lelah setelah bekerja. Ia tentu malu mendedahkan alasan tersebut. Namun, pada kenyataannya, lelaki akan melakukan segala sesuatu agar tak berkaitan seksual..
Suami cenderung menjadikan persekitaran sebagai alasan kerana keletihan kronisnya. Mungkin alasan tersebut tak menjadi masalah, tapi jika wanita terus-menerus mendengarnya akan tanda tanya.
Libido lelaki rendah
Jika suami anda berusia 30 tahun, mungkin usia menjadi alasan. Gaya hidup yang tak sihat menimbulkan perubahan tertentu:
Kurangnya aktiviti fizikal
Tekanan
Tekanan biasa di buah pinggang dan hati selama bercuti di hujung minggu
Puncak aktiviti seksual pada lelaki berlaku pada usia 18-20 tahun, sedangkan pada wanita berkembang selepas usia 30 tahun. Keadaan tersebut tentu tak boleh menolak fakta bahawa tempramen lelaki dan wanita berbeza.
Jika anda berdua menghadapi keperluan melakukan hubungan intim setiap hari lebih dari sekali, anda berdua mempunyai pandangan seksual yang kuat. Jika anda memilih melakukannya tiga atau empat kali seminggu, maka anda pada tahap rata-rata. Sedangkan jika anda tak keberatan berkaitan intim sekali seminggu atau kurang, ini tandanya anda kurang berminat berkaitan intim dan anda lemah.
Bosan
Psikologi telah mendapati hasil kajian yang mengatakan alasan lelaki tak berkaitan seks dengan isterinya. Hasilnya, 60 peratus responden menyebut seks menjadi rutin yang membosankan.
Dalam keadaan seperti ini, lelaki boleh berfikiran bahawa ini boleh berbeza jika dengan wanita lain.
Tak puas dengan rupa isteri
Sekitar satu pertiga responden menolak berhubungan seks kerana tak puas dengan penampilan isterinya. Banyak lelaki berfikir isterinya terlalu gemuk atau wanita telah berhenti merawat dirinya dan membuat lelaki jadi tak berminat.
Bertengkar
Banyak lelaki yang tak ingin berhubungan seksual dengan isterinya kerana sedang marah. Semakin sering pasangan suami isteri bertengkar, maka seks yang dilakukan keduanya semakin berkurang.
Lelaki menonton filem dewasa
Ada ramai lelaki yang lebih memilih menonton filem dewasa berbanding berhubungan intim dengan isterinya. Seksolog menjelaskan, dengan filem tersebut lelaki merasa terus-menerus mempunyai sensasi baru.

Besarkan Buah Dada demi Kekasih, Nyawa Wanita Ini Melayang

Ingin kelihatan cantik di depan teman lelaki tapi kehilangan nyawa. Zoey Leung Kwan (24 tahun) wanita dari China meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pembesaran payudara.
buah tunjuk langit
Koroner Michael Chan Pik-kiu berkata, mahkamah ternyata tidak boleh memutuskan apakah jumlah anastesi yang digunakan Leung melewati batas yang wajar sehingga koroner menyimpulkan insiden tersebut kerana kemalangan.
Leung ingin melakukan payudaranya sebagai kejutan untuk kekasihnya di sebuah klinik swasta di Nathan Road pada 30 April 2010. Namun, Leung mengalami masalah pernafasan serta kejang setelah diberi ubat bius.
Leung dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital dan meninggal pada 11 Mei seperti dikutip dari SouthChinaMorning Post.
Mahkamah sebelum ini mendengar wanita itu mempunyai berat 43 kilogram dan diberikan anastesi untuk wanita berat 50 kg.
Selepas mengkaji keputusan itu, ibu Leung, Lam Fuk-fa, mengatakan kematian anak perempuannya itu lebih kepada kesalahan manusia dibanding kemalangan.

Bogelkan teman wanita kerana tidak direstui keluarga

Kecoh satu flat, seorang pakwe ni naik angin bila keluarga teman wanitanya tak setuju untuk mereka berdua berkahwin. Lebih malang lagi lelaki ini membogelkan teman wanitanya untuk tatapan orang ramai.
bogel 1
bogel 2
bogel 3
Tutup kes. Polis berjaya menangkap lelaki jiwa kacau ini.

Gadis Dirogol Empat Lelaki Sehingga Pengsan!

Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.


Gambar hiasan.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat. –Sinar Harian

2 Beradik Ditangkap Khalwat Dengan 5 Lelaki

Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.



Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu. –SINAR HARIAN

Tuesday, 28 January 2014

Nasihat Kepada Nurul Izzah


MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.

Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh.

Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah.

Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri.

Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri.

Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.

Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu.

Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.

Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.

Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.

Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.

Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang.

Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.

Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian.

Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH.

Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/

Kecoh, Lelaki Tersilap Buka Pintu Keluar Disangka Tandas Ketika Dalam Penerbangan!


HONG KONG – Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat yang disangka pintu tandas.

Krew pesawat yang menyaksikan kejadian itu terkejut setelah terlihat seorang warga emas berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke arah pintu kecemasan pesawat itu dan kemudian cuba membuka pintu berkenaan.

“Nasib baik dia gagal membuka pintu itu dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya daripada meneruskan niatnya itu.

Apabila dia disoal selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas kerana inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat,” kata salah seorang kakitangan pesawat itu. – AFP

Sunday, 26 January 2014

Pasangan kekasih khalwat bersama tiga rakan di hotel

KUALA TERENGGANU- Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menjatuhkan hukuman denda RM2,300 terhadap sepasang kekasih selepas mengaku bersalah berkhalwat bersama tiga lagi rakan di sebuah hotel, pada Jun 2012.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan pasangan itu, Mohamad Nazri Aliliah @ Alias, 21, dari Marang dan Syafiqah Husna Mohd Nor, 19, juga dari Marang, dipenjarakan tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.

Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas Mohamad Nazri yang bekerja sebagai buruh dan pasangannya, Syafiqah Husna mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Berdasarkan fakta kes, pasangan itu mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini jam 10 pagi pada 25 Jun 2012.

Hasil pemeriksaan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri atau mahram.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu, pasangan berkenaan berkahwin dan kini mempunyai seorang cahaya mata.

Selain pasangan muda itu, seorang rakan mereka, Nurul Syazwani Zulkifli, 19, dari Bukit Payong, Marang turut dikenakan pertuduhan sama dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan
denda berkenaan.

Bagaimanapun dua lagi tertuduh, Siti Normaisarah Alias, 20, dari Manir, di sini sudah pun menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor sementara satu waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Abdul Rahman Razak, 21, dari Bukit Payong, Marang selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu.

Mengikut fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin kira-kira jam 10 pagi pada 25 Jun 2012.

Ketika serbuan, pintu berada dalam keadaan tertutup dan berkunci sebelum dibuka oleh Siti Nor Maisarah. Sebaik dibuka, Abdul Rahman duduk di atas katil manakala Mohamad Nazri sedang tidur di atas katil.

Dua lagi tertuduh wanita berada di sebuah katil berasingan sebelum pemeriksaan mendapati mereka bukan suami isteri atau mahram.

Berkahwin Dengan Darah Daging Sendiri - Anak Kahwini Ibu Sendiri

perkahwinan sesama ahli keluarga, anak dengan ibu, pasangan hidup, perkahwinan sesama mahram,
ULU BARAM : Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.

Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.

Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.

Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.

Friday, 24 January 2014

Remaja 16 Tahun Jadikan Tandas Sebagai Port ASMARA

urut batin, kondom, asmara, berkhalwat, terlanjur,
MELAKA: Seorang remaja perempuan mengaku ketagih urutan batin sejak setahun lalu apabila menjadikan tandas awam di pekan Bemban, Jasin sebagai ‘port asmara’ dengan kekasihnya untuk melakukan urutan batin.

Remaja berusia 16 tahun itu yang masih bersekolah juga mengaku dia membeli kondom terlebih dulu sebagai ‘persediaan’ bagi memuaskan nafsu bersama kekasihnya berusia 19 tahun yang dikenalinya ketika lelaki itu masih belajar di sekolah sama. Malah, dia mengaku berulang kali menjadikan tandas itu sebagai port asmara bagi menghilangkan ketagihan urutan batin bersama teman lelakinya. Pendedahan itu dibuat remaja terbabit apabila dia diberkas pegawai syarak dan penduduk selepas disyaki berkhalwat di rumah keluarganya di Kesang, Jasin, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Remaja itu dikatakan menjadikan rumah keluarganya sebagai port baru melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki ketika ahli keluarganya tiada di rumah. Bagaimanapun, hasrat pasangan terbabit menjadikan rumah keluarga perempuan berkenaan sebagai tempat maksiat tidak tercapai apabila diberkas dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati pasangan berkenaan mula berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta ketika lelaki terbabit masih bersekolah bersamanya. Katanya, sepanjang perkenalan itu pasangan terbabit mula melakukan perkara terlarang sehingga melakukan urutan batin dengan memilih tandas awam sebagai tempat melakukan perbuatan itu.

“Bermula dengan beberapa kali terlanjur dengan hubungan haram itu, remaja perempuan terbabit terus ketagih mengadakan urutan batin bersama pasangannya dan melakukannya sekiranya ada kesempatan ketika bertemu.

“Malah, remaja terbabit mengakui dia membeli satu set kondom RM3.50 di kedai runcit di pekan berkenaan berhampiran sekolahnya sebelum menemui teman lelakinya itu.
“Hasil hubungan pertama itu mereka terus terlanjur dengan menjadikan tandas sebagai lokasi pilihan sehinggalah mereka beralih ke rumah remaja perempuan itu,” katanya.

Rahimin berkata, serbuan dilakukan selepas pegawai syarak terbabit menerima aduan menyatakan ada seorang lelaki dipercayai bukan muhrim masuk ke rumah selepas penemuan sebuah motosikal yang diletakkan secara tersorok di belakang kediaman keluarga perempuan berkenaan. Katanya, bertindak daripada maklumat itu, pegawai syarak bersama penduduk ke rumah berkenaan dan selepas beberapa kali memberi salam pintu dibuka oleh remaja perempuan terbabit.

“Pemeriksaan menemui seorang lelaki di dalam bilik rumah berkenaan dan soal siasat dijalankan mendapati dia tidak mempunyai hubungan mahram bersama remaja itu. “Ketika itu hanya mereka berdua berada di dalam rumah berkenaan dan ibu bapa dan anggota keluarga lain perempuan itu pulang ke kampung,” katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati lelaki terbabit datang ke rumah itu sejam setengah sebelum serbuan dilakukan.