iklan 728x90

Pages

Showing posts with label selebriti. Show all posts
Showing posts with label selebriti. Show all posts

Thursday, 10 October 2013

Pasangan suami isteri selebriti berclubbing

type='html'>








Que Haidar, Linda Jasmine, pelakon, artis, selebriti, gambar artis, hiburan, Gossip Artis,
Penulis tak tahu nak kata apa dah dengan pasangan selebriti ni. Nak kata jahat, tidak semua orang tu dikatakan sempurna, ye kan. Kadang-kadang ada juga kesilapan dan kelalaian yang terjadi, tak kira pangkat dan darjat. Si isteri dalam gambar ni tak pasti pula time mengandung atau belum lagi. Aish, harap-harap kita selepas ini muhasabahkan diri yer. Kalau mengandung, si isteri kenalah jaga kesihatan anak dalam kandungan tue. Wallahualam. Zzzz..


Que Haidar, Linda Jasmine, pelakon, artis, selebriti, gambar artis, hiburan, Gossip Artis,



HarianMetro - “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.



 

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.

“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.

“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.

“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.

Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.

“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.










Sumber : Harian Metro

 

Wednesday, 9 October 2013

Inikah wanita paling ideal, tubuh bak selebriti dari kaki hingga kepala?

Laman hiburan, Hollyscoop , membuat polling dengan senarai soalan siapa saja selebriti yang punya tubuh ideal. Polling tersebut diikuti 1,200 responden dan masing- masing dari mereka memberikan alasan di balik pemilihan seleb dengan tubuh paling sempurna.

Dari hasil polling, diketahui wajah paling ideal dari selebriti wanita adalah ketika mempunyai kening seperti Megan Fox , rambut tab Sofia Vergara , senyum Kate Middleton dan hidung Scarlett Johansson . Garis rahang Victoria Beckham dan mata Zoey Deschanel juga dianggap sebagai bentuk yang paling ideal.

Sedangkan untuk bahagian-bahagian badan , Jennifer Aniston dinobatkan sebagai selebriti dengan kaki dan tangan terindah. Gwen Stefani disebut sebagai pemilik perut paling ideal dan Jennifer Love Hewitt , selebriti dengan payudara paling sempurna.

Selepas keputusan polling itu diketahui, laman Hollyscoop kemudian membuat ilustrasi tubuh wanita paling ideal. Ilustrasi tersebut dibuat dengan menggabungkan masing -masing bahagian tubuh paling sempurna dari setiap selebriti.

Inilah hasilnya......






Seperti yang dilihat dalam foto di atas, begitulah ilustrasi yang dibuat Hollyscoop dengan menggabungkan senyum Kate Middleton , hidung Scarlett Johansson , kaki Jennifer Aniston , rambut Sofia Vergara dan lain -lain.

Berikut ini Penampilan Paling Sempurna:


Kaki: Jennifer Aniston
Payudara : Jennifer Love Hewitt
Perut: Gwen Stefani
Lekuk Tubuh : Sofia Vergara
Tangan : Jennifer Aniston
Rambut: Sofia Vergara
Mata : Zooey Deschanel
Senyum : Kate Middleton
Kening : Megan Fox
Garis Rahang : Victoria Beckham
Hidung : Scarlett Johansson



wolipop