iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Ustaz. Show all posts

Monday, 28 October 2013

JuruFoto Ustaz Don Daniyal Kembali Ke Rahmatullah

Jurufoto Ustaz Don Daniyal kembali ke rahmatullah. Al Fatihah - Semoga Roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. 
Nadia Syazwani Zahari


Seorang bakal pengantin wanita berusia 26 tahun terbunuh dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Montfort, Seksyen 13 di sini petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Nadia Syazwani Zahari sedang memandu dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya dengan Perodua Kancil ketika keretanya itu dirempuh sebuah kereta Audi A4.

Mangsa mengalami kecederaan yang serius dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lain melarikan diri tanpa kecederaan.

Tunangnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff, 26, bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan yang memaklumkan kepadanya tentang kemalangan tersebut.

"Nadia bekerja sebagai seorang jurugambar sambilan dan sedang di dalam perjalanan untuk mengambil gambar di Bukit Jelutong.

"Pelanggannya memberitahu saya mengenai kemalangan itu selepas dia gagal muncul untuk mengambil gambar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Pasangan ini berkenalan sejak dua tahun lalu ketika menuntut di Universiti Selangor (Unisel) dan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas.

"Kami sepatutnya akan berkahwin pada Oktober ini," katanya.

Antara hasil kerja Nadia Zahari ketika majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don.


Kakak ipar mangsa Hanis Shafinaz, 34, berkata, Nadia adalah satu-satunya anak perempuan dalam empat adik-beradik dan juga merupakan anak bongsu. Beliau juga pernah menjadi Official Photographer untuk majlis resepsi perkahwinan Ustaz Don dan Husna.

"Nadia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang grafik dan akan menghadiri majlis graduasi," katanya di tempat kejadian.

View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Isu Kahwin Rahsia Aeril-Wawa, Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Nikah Dua Kali

type="html">
Dalam isu perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, satu perkara yang dipersoalkan oleh ramai pihak ialah status perkahwinannya selepas bernikah sebanyak dua kali.

Ustaz Azhar Idrus

Menurut Aeril, pernikahan kali pertama pada 25 Februari 2012 di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya hanya memenuhi hukum syarak sahaja tanpa sebarang dokumen dan berwalikan bapa Wawa.

Pernikahan kedua pula ialah untuk memenuhi syarat undang-undang negara dan seterusnya mendafftarkan perkahwinan di jabatan agama masing-masing.

Bagi menjernihkan isu ini, sebuah video mengenai isu ini telah dimuatnaik di laman YouTube di mana Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenainya.

Menurutnya, pernikahan itu adalah sah asalkan pasangan mematuhi hukum dan syarat sah yang ditetapkan Islam walaupun bernikah sehingga dua kali.

Apapun, anda tontonlah sendiri video ini supaya lebih jelas dan faham dengan penjelasan Ustaz Azhar mengenai isu ini daripada bertindak sebagai ustaz dan ustazah ‘wannabe’ di laman sosial. -Mynewshub




View the original article here