iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Tahukah. Show all posts
Showing posts with label Tahukah. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

Tahukah Anda Madu Pernah Di Jadikan Sebagai Mata Wang!

Sejak ribuan tahun lalu, manusia percaya bahawa madu lebah mempunyai banyak khasiat dan mejadi penawar untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Madu Lebah

Dianggarkan, manusia mula mengenali madu lebah lebih dari 10,000 tahun lampau, ketika era pembentukan tamadun awal manusia.

Pada zaman Mesir kuno, madu menjadi barang keperluan harian yang sangat penting. Ia bukan sekadar menjadi manisan, tetapi juga dijadikan sebagai ukuran mata wang kerana nilainya yang sangat tinggi ketika itu.

Disebabkan nilai komersialnya yang meningkat, sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi, masyarakat Mesir telahpun memelihara lebah dalam sarang buatan untuk mengumpul madu.

Selepas itu, industri madu terus berkembang ke seluruh pelosok dunia daripada semasa ke semasa.

Sehinggalah dalam era moden hari ini, madu lebah telah diiktiraf antara makanan terbaik di dunia kerana khasiatnya yang tidak ternilai kepada manusia sejagat.

-Sentiasapanas.com


 

Tahukah Anda Asal-usul Maskot Hijau Android?

Ketika googling internet untuk mencari asal-usul makhluk berwarna hijau ini, tidak banyak sumber yang memiliki jawapan memuaskan.


Android

Tapi, dari sekian banyak, ada sejumlah kecil yang memiliki alasan masuk akal kenapa maskot hijau ini bernama Android dan kenapa bentuknya seperti itu.

Perlu dicatat bahawa semua penjelasan ini bukan merupakan penjelasan rasmi Google, tapi anda dan kita semua layak mengetahuinya. Check it out!

Barangkali pereka maskot Google Android ketika zaman remajanya sangat tergila-gilakan game bertajuk Gauntlet: The Third Encounter.


Gauntlet: The Third Encounter.

Gauntlet: The Third Encounter.

Gauntlet: The Third Encounter adalah game arcade buatan Atari yang ada di era 90an. Game ini hanya bertahan sebentar saja dan setelah itu ia menghilang.

Dalam Gauntlet ada beberapa karektor dan salah satunya bernama Android. Jika karektor lain berbentuk manusia, watak Android ini pula berbentuk makhluk aneh yang disebut robot.

Seperti yang tertera pada gambar, Android ini berbentuk kelabu dengan dua antena di kepala. Dengan menggantikan warna kelabu menjadi hijau dan memperjelas bentuk kaki dan tangan, bukankah Gauntlet Android ini sangat mirip dengan Google Android?


Android


Memiliki persamaan?

Ya, memang ramai pereka aka designer yang karya mereka terinspirasi oleh karya-karya sebelumnya. Selagi tidak menyamai 100%, dibolehkan untuk meniru!

Agaknya begitulah juga dengan makhluk hijau Google Android ini. Adakah dia merupakan cucu kepada Gauntlet Android atau mereka sebenarnya tidak mempunyai hubungan sama sekali.

Hanya Google yang tahu..heh

-Sentiasapanas.com