iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Syurga. Show all posts
Showing posts with label Syurga. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Masuk syurga kerana bulu mata

tetes-air-mata
SEORANG hamba ALLAH SWT diadili di hari pengadilan kelak, dia menghadapi tuduhan kerana mensia-siakan hidupnya di dunia demi untuk berbuat maksiat.
Sebaliknya, dia berkeras membantah dengan mengatakan tidak pernah melakukan perkara berkenaan.
Dia menafikan apabila malaikat memberitahu mengenai kesalahannya: “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”
Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.”
Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”
Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”
Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”
Kaki pula menyusul, “Saya yang berjalan dan berlari semasa itu.”
“Kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian mengenai perbuatan aibmu.” kata malaikat lagi.
Lelaki tersebut tidak mampu menyatakan apa-apa hujahan lagi lantas dia berputus asa dan berduka kerana sebentar lagi akan dihumbankan ke dalam panasnya neraka jahanam.
Dia  berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindung. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara halus yang amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, “Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.” Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.”
“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.
Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga.

View the original article here

Monday, 21 October 2013

Jalan Raya Menuju Ke Syurga

type="html">
Di wilayah Tianamen, China, terdapat sebuah jalan yang sangat berliku dan berselekoh tajam menuju ke sebuah puncak bukit. Orang-orang Inggeris menggelar jalan raya ini sebagai 'The Heaven-Linking Avenue' atau 'Avenue Toward Heaven' yang membawa maksud 'Jalan Penghubung Syurga' atau 'Jalan Menuju ke Syurga'.

The Heaven-Linking Avenue

Mengapa jalan raya ini dikenali sebagai 'Jalan Menuju ke Syurga'? Sudah pasti terdapat terdapat kisah yang menarik di sebalik jalan raya ini.

Di Tianamen, terdapat satu fenomena alam yang amat menakjubkan, iaitu sebuah gerbang yang terbentuk daripada gunung yang terkenal sebagai Tianamen Shan Big Gate yang bermaksud Gerbang Raksasa. Tianamen ini merupakan sebuah lubang besar yang wujud di gunung Tianamen.

Ia merupakan lubang raksasa terbesar di dunia dan lokasi fenomena alam ini terletak lebih kurang lapan kilometer dari kota Zhangjiajie yang berada di bawah jajahan daerah Hunan, China.

The Heaven-Linking Avenue
Lubang ini terbentuk pada tahun 263 Masihi ketika pemerintahan Raja Wujing.

Peristiwa terbentuknya lubang raksasa di gunung Tianamen mempunyai perjalanan sejarah yang panjang dan ia termaktub di dalam sejarah negara China. Lubang ini terbentuk pada tahun 263 Masihi, iaitu ketika pemerintahan Raja Wujing.

Pada zaman itu, terdapat sebuah gua bernama Shongliangshan. Gua yang terletak tepat di belakang gunung Tianamen kemudiannya dirobohkan dan meninggalkan sebuah lubang raksasa yang ternganga.

Bermula dari situ, nama gunung ini kemudiannya digantikan dengan Tianmenshan. Bagaimanapun, tidak diketahui sebab-musabab kenapa gua tersebut dirobohkan.

Terdapat 999 anak tangga untuk sampai ke puncak gerbang. Sebelum itu, anda juga perlu menaiki kenderaan dan melalui jalan berliku yang dikenali sebagai Big Gate Road atau Jalan Gerbang Besar terlebih dahulu.

Jalan ini memiliki 99 selekoh tajam dan merupakan salah satu jalan raya yang paling merbahaya di China. Ia bermula dari ketinggian 200 meter di atas permukaan laut, sehinggalah sampai ke puncaknya yang berada pada ketinggian 1,300 meter di atas paras laut.

The Heaven-Linking Avenue
Jalan ini memiliki 99 selekoh tajam dan merupakan 
salah satu jalan raya paling merbahaya di China.

Jika dibandingkan jarak dengan perbezaan ketinggiannya, tahap kecuraman jalan ini boleh dikatakan agak ekstrem. Justeru, hanya kereta pacuan empat roda sahaja yang dibenarkan untuk melalui jalan raya ini.

Dalam budaya masyarakat Cina, nombor sembilan dianggap sebagai angka yang membawa keuntungan. Mereka percaya bahawa syurga mempunyai sembilan lapisan. Disebabkan itulah Jalan Gerbang Besar yang mempunyai 99 selekoh tajam ini dikenali sebagai Jalan Menuju ke Syurga oleh masyarakat tempatan.

Pemandangan sepanjang melalui jalan ini sangat indah dan menakjubkan. Namun, jika dilihat dari posisi yang lebih tinggi, ia kelihatan agak menyeramkan kerana terdapat banyak liku atau selekoh tajam yang perlu dilalui untuk sampai ke puncaknya. Selain itu, dibahagian kiri dan kanan jalan pula terdapat gaung yang sayup kelihatan.

Pembinaan jalan raya Big Gate Road ini memakan masa selama 18 tahun. Jalan ini sebenarnya baru sahaja dibina yang bermula dari tahun 1988 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006.

Ia merupakan satu inisiatif pihak berkuasa Hunan untuk memudahkan masyarakat tempatan berkunjung ke puncak gunung Tianamen, selain turut menjadi salah satu lokasi pelancongan menarik di daerah berkenaan.

The Heaven-Linking Avenue
Perjalanan menaiki kereta kabel memakan masa kira-kira 20 minit.

Di puncak gunung inilah terletaknya Forbidden City atau Kota Larangan yang telah dibina sejak zaman Dinasti Ming, sekitar abad ke-15. Pada zaman dahulu, ia merupakan lokasi pusat pemerintahan sesebuah kerajaan tetapi kini semuanya hanya tinggal sejarah.

Selain menaiki kenderaan pacuan empat roda, pelancong juga mempunyai pilihan untuk menaiki kereta kabel ke puncak gunung.

Tetapi, pilihan ini tidak disarankan kepada pelancong yang gayat kepada ketinggian kerana ia merupakan pengangkutan kereta kabel paling tinggi dan paling ekstrem di dunia. Perjalanan menaiki kereta kabel memakan masa kira-kira 20 minit.

Jadi, kepada anda yang berminat dengan tapak sejarah ini menakjubkan ini, bolehlah melawat ke sana..

-Sentiasapanas.com


View the original article here