iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Secara. Show all posts
Showing posts with label Secara. Show all posts

Tuesday, 22 October 2013

Julia Perez ingin siar secara langsung malam pertamanya?

Siapa yang tidak kenal dengan sosok yang kerap membuat sensasi Julia Perez (Jupe). Menyedari kisah hidupnya selalu menarik perhatian masyarakat, Jupe berniat menyiarkan secara langsung (live) malam pertamanya bersama Gaston Castano.

Ide tersebut diperoleh bintang Gending Sriwijaya ini, setelah mengetahui masyarakat tertarik melihat prosesi lamaran atau pernikahannya. Melihat antusiasme itu, Jupe pun bergurau ingin menyiarkan malam pertamanya dengan sang suami.

"Gue bingung, sampai ada orang yang mau melihat gue tunangan. Gue pikir, malah ingin sekalian menyiarkan malam pertama gue," ungkap Jupe, di MNCTV, Jakarta Timur, isnin (21/10/2013).

Prosesi lamaran Jupe pada 30 November mendatang memang akan disiarkan secara langsung di salah satu stesen tv. Majlis pernikahannya, pada 2014. Menurutnya, pernikahan bukan momen yang terlalu sakral. Sehingga, dia tidak memermasalahkan jika diekspos media.

"Buat gue, enggak ada yang sakral. Gue cerai saja diekspos, apalagi sakralnya. Enggak usah umpet-umpet, jadi bareng-bareng saja," tutup dia



View the original article here

Friday, 18 October 2013

Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Berkahwin Secara Senyap?

Kontroversi mengenai dua pelakon popular Wawa Zainal dan aktor drama bersiri Cinta Jannah, Aeril Zafrel berhubung tentang pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya.

Wawa Zainal

Walaupun khabar angin sudah bertiup kencang di dalam laman sosial dan portal berita hiburan, Aeril hari ini cuba menafikan perkara tersebut.

Menerusi laman Twitter, Aeril berkata, jika mahu mendapat kepastian mengenai perkara tersebut perlu menghubungi penulis artikel berkenaan kontroversi perkahwinan itu.

“Yang rasa mahu mendapatkan kepastian atau tidak, rasanya boleh hubungi penulis artikel berkenaan rajamawar@bh.com.my. Terima Kasih kak Raja. Sayang akak.

“Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu. Hasbunallah Wani'malwaqil,” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pennjelasan daripada empunya badan melalui panggilan telefon tidak berjaya, apabila Aeril tidak menyambut panggilan tersebut.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan “kami hanya berkawan sejak 2011”.

Isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari lalu.

Sumber: Sinar Online


View the original article here