iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Rokok. Show all posts
Showing posts with label Rokok. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Giler! Wanita Di Hadiahkan Rokok Bernilai RM2.6 Juta!

type="html">
Seorang taikun minyak membelanjakan £500,000 atau lebih RM2.6 juta semata-mata untuk membantu teman wanitanya berhenti merokok.

Rokok elektronik

Duit sebanyak itu dilaburkan pada sebatang rokok menyerupai e-rokok atau ‘rokok elektronik’ yang dihiasi permata, taburan 46 kristal Swarovski kuning, 24 karat emas dan disalut berlian bernilai lebih £46,000 (RM235 ribu) di pangkalnya.

Anthony Mixides, wakil daripada Shisha Sticks iaitu syarikat yang menerima tempahan rokok istimewa itu berkata, syarikatnya mengambil masa empat bulan untuk menyiapkannya.

Sebaik sahaja diberitahu wang bukan perkara utama oleh taikun minyak berkenaan, mereka terus mengambil inisiatif mencari permata, berlian, kristal, gelas dan emas terbaik sebagai material.

Hmm, untung teman wanita saudagar minyak tersebut kan. Cuma harap-harap, jangan sampai satu waktu dia boleh lupa rokok itu bernilai jutaan ringgit lalu dibuang begitu sahaja lepas habis dihisap.

Sumber: METRO UK


View the original article here

Thursday, 24 October 2013

Budak Sekolah Kena Denda Sebab Hisap Rokok

type='html'>

budak sekolah, denda, berita, indonesia, berita, pelik

Budak Sekolah Kena Denda Sebab Hisap Rokok | Mungkin kerana tidak tahan sangat melihat anak-anak muridnya asyik merokok di perkarangan sekolah, seorang guru di Indonesia mengambil keputusan mendenda mereka yang terlibat dengan cara yang agak pelik.


Pelajar-pelajar tersebut telah ‘disumbatkan’ lima hingga enam batang rokok setiap seorang, sebelum dipaksa menghisap kesemuanya dengan serentak, pergh!

Kalau rokok biasa satu hal la, ini rokok keretek bro!

Sebenarnya penulis sendiri kurang pasti sama ada pelajar-pelajar berkenaan akan insaf atau makin seronok dengan denda tersebut.


Maklum sajalah harga rokok bukannya murah, silap haribulan mereka bertambah ‘asyikkkk’ dengan hukuman berkenaan.

Macam-macam hal…

Sumber : Mynewshub.my


View the original article here