iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Pulau. Show all posts
Showing posts with label Pulau. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Gambar Didie Alias Tengah Sarat Bercuti Di Pulau Redang



Gambar terkini Didie Alias yang kini hamil enam bulan sambil menunjukkan baby bumpnya yang besar. Untuk info, Didie dan keluarga sekarang sedang bercuti di Pulau Redang, Terengganu.
"Holiday mood wit beloved family. Tak sabar nak swim ni," ujar Didie berseloroh.













View the original article here

Tuesday, 22 October 2013

Fara Fuazana & Neelofa Rasai Keindahan Pulau Maldives

type='html'>

neelofa, fara fauzana, artis, pelakon, gambar artis, Hiburan,
Fara & Neelofa Rasai Keindahan Pulau Maldives



MALE ATOLL SELATAN (MALDIVES)Pengacara Nona iaitu Fara Fauzana dan Neelofa buat pertama kalinya merasai peluang bercuti bersama di sebuah pulau eksklusif di Maldives di sini selama lima hari bermula 18 Oktober lalu.


Fara dan Neelofa mendapat peluang itu sebagai memenuhi undangan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X yang memperkenalkan destinasi terbaharu mereka di pulau berkenaan sejak 28 September lalu.

Kedua-dua artis tersebut turut menikmati layanan lima bintang di Holiday Inn Resort, Kandooma di sini yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot dari ibu negara pulau berkenaan iaitu Male.

Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia benar-benar terpesona dengan keindahan pulau tersebut terutama sekali apabila melihat kejernihan air laut serta pasir pantai yang putih.

neelofa, fara fauzana, artis, pelakon, gambar artis, Hiburan,
Salah satu pemandangan yang terdapat di Maldives.

Katanya, keunikan pulau berkenaan amat berbeza berbanding beberapa pulau peranginan lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini.

“Saya benar-benar terpesona dengan keindahan air laut di Maldives ini. Saya seorang yang gemarkan aktiviti pantai dan apabila diberi peluang untuk berada di pulau tercantik ini, ia satu pengalaman yang benar-benar luar biasa,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini pada Isnin.

Fara berkata, sebagai seorang selebriti dan juga penyampai radio yang sentiasa sibuk, peluang merehatkan fikiran di sebuah pulau yang jarang sekali dapat dikunjungi adalah satu pengalaman cukup bermakna.

Fara berkata, sepanjang lima hari percutiannya, dia mampu melupakan segala masalah dan menghilangkan tekanan pejabat ditambah pula minatnya terhadap laut dan juga pantai.

“Saya seorang yang meminati panorama lautan serta pantai dan aktiviti ini benar-benar membuatkan saya menjadi lebih tenang,” ujarnya.

Ujar Fara, sepanjang berada di pulau ini, dia diberi peluang memancing pada waktu malam, ‘snorkling’ serta melakukan aktiviti-aktiviti pantai.

Malah ujarnya, peluang bercuti itu juga digunakan untuk berehat sepenuhnya selepas dia diarahkan bercuti oleh doktor kira-kira dua minggu bermula 9 Oktober lalu akibat masalah suara yang dialaminya.

Sementara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, pula berkata Maldives merupakan salah satu pulau tercantik yang menjadi cita-citanya untuk bercuti sejak sekian lama.

Ujar Neelofa, selepas diberi peluang menyertai percutian berkenaan oleh AirAsia X, dia dapat melihat satu pemandangan yang benar-benar berbeza berbanding pualu-pulau lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini.

“Saya pernah bercuti ke Bali (Indonesia), Phuket, Krabi dan Koh Samui (Thailand) dan kali ini ke destinasi yang agak jauh iaitu Maldives. Saya dapat melihat pulau ini amat cantik. Sebab itulah pulau ini sentiasa menjadi perhatian bagi mereka yang meminati aktiviti laut serta destinasi berbulan madu kerana suasananya juga romantik,” katanya.

Neelofa memberitahu, dia juga berpeluang menyertai aktiviti selam skuba, serta pakej tajaan seperti menancing serta tinggal di sebuah vila atas air yang tinggi kosnya.

Apa yang lebih menarik kata Neelofa, tidak sukar baginya untuk berada di pulau ini kerana majoriti penduduknya adalah Muslim yang tentunya tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan makanan halal.

“Makanan halal adalah salah satu perkara penting ketika kita bercuti dan Alhamdulillah… Maldives merupakan sebuah negara Islam dan mudah bagi kita yang beragama Islam untuk bercuti,” kata Neelofa.

Lebih menarik jelas Neelofa dia dapat melihat ikan-ikan yang berbeza saiz dan rupa bentuknya selain berpeluang memberi makan kepada beberapa ikan jerung.

Dalam pada itu Ketua Bahagian Pemasaran AirAsia X, Mohd Fairuz Abdul Majid berkata, syarikat penerbangan itu membuka laluan sebanyak empat kali seminggu ke destinasi berkenaan iaitu pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad.


Ujarnya, selepas diperkenalkan pada 28 September lalu, sambutan diterima pihaknya agak luar biasa khususnya bagi mereka yang meminati aktiviti-aktiviti pantai.

“Kami yakin, destinasi baru ini akan mendapat sambutan ramai kerana Maldives merupakan sebuah pulau yang menjadi kegilaan ramai selain pulau-pulau di Thailand dan Indonesia,” ujarnya.

Menurut Fairuz, apa yang menjadi masalah apabila orang ramai sering menganggap kos yaag tinggi diperlukan untuk bercuti ke pulau ini sedangkan banyak hotel bajet boleh ditempah serendah RM150 bagi satu malam.

Justeru katanya, pihak AirAsia X akan terus mempergiatkan promosi untuk mempopularkan destinasi pelacongan terbaharu ini dalam rangkaian penerbangan jauh syarikat itu.

Sumber : mStar Online



View the original article here

Friday, 18 October 2013

Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau Oak

type="html">
Pada tahun 1795, Daniel McGinnis yang baru berusia belasan tahun bersama dua sahabtnya menaiki sampan menyusuri sebuah pulau kecil.

Oak Island Mystery

Mereka berhenti di bahagian tenggara lalu masuk menjelajah keindahan alam semula jadi di pulau tidak berpenghuni.

Mereka tiba di satu tempat yang dikelilingi dengan pohonan gergasi hutan yang sudah tumbang. Namun, ditengah-tengahnya berdiri gah sebatang pohon oak tua.

Tertarik dengan panorama itu, mereka berlegar di kawasan itu dan menemui sesuatu yang menarik perhatian mereka. Terdapat sebuah lubang yang ditutup dengan penutup daripada tanah liat.

Penutup lubang itu dibuka. Remaja itu yakin ada sesuatu di dalamnya lalu menggali lubang itu. Pada kedalaman tiga meter, mereka menemui sebuah lagi penutup. Kali ini disusun saling bersilang sebagai penghalang.

Kayu itu dialihkan. Para remaja itu terus menggali dan berakhir pada kedalaman enam meter apabila ada sebuah lagi penutup daripada tanah liat. Mereka yakin ada sesuatu yang tersembunyi di dalam lubang itu. Namun, mereka tidak lagi berdaya untuk meneruskan penggalian.

Remaja itu pulang semula ke kampung dan memberitahu penduduk tentang penemuan mereka. Mungkin ada harta karun tersembunyi di dalam lubang itu. Namun, tidak ada yang berani untuk datang ke pulau itu kerana beranggapan pulau itu berhantu.

Sembilan tahun kemudian, Daniel yang sudah dewasa kembali semula ke pulau itu bersama rakan-rakannya. Penggalian yang sudah lama terhenti disambung semula.

Pada kedalaman lebih 27 meter, sekali lagi mereka menemui penutup tanah liat. Kali ini agak berbeza kerana pada penutup itu mengandungi simbol-simbol aneh bagai tulisan zaman kuno.

Pulau Oak
Lokasi lubang yang digali di Pulau Oak.

Dek kerana tidak memahami tulisan itu, ia diabaikan begitu saja. Sayangnya, penggalian Daniel masih gagal menemui sebarang harta karun. Lalu ia berakhir begitu saja.

Hampir seratus tahun selepas usaha Daniel itu, barulah tulisan pada penutup itu berjaya diterjemahkan oleh seorang profesor. Ia berbunyi: "Tiga meter di bawah, ada tersimpan wang dua juta paun".

Kalimat itu mengejutkan. Sejak itu, Pulau Oak di selatan pantai Kanada menjadi tumpuan pencari harta karun. Penggalian yang dimulakan Daniel disambung oleh pencari yang lain.

Selama bertahun-tahun, mereka tidak henti-henti menggali namun hasilnya tetap hampa. Tiada harta karun berjaya ditemui. Malah, pelbagai halangan menimpa termasuk meragut nyawa penggali.

Namun, mereka tidak putus asa. Mereka membuat teori, mungkin di kedalaman 35 meter ke bawah, ada laluan terowong lain sama ada di bahagian kiri atau kanan yang boleh membawa kepada tempat harta karun itu disembunyikan.

Malah, peralatan moden seiring dengan peredaran zaman digunakan untuk menggali sehingga pada kedalaman 90 meter ke bawah perut bumi. Dan setiap 10 meter, akan ada lapisan penutup lain ditemui.

Tulisan aneh pada batu yang ditemui pada kedalaman 90 meter.

Kunci untuk menerjemahkan skrip tersebut.

Hasil alih bahasanya menjadi seperti ini.

Pada kedalaman 90 meter, ditemui sebuah batu sepanjang tiga meter yang terukir huruf-huruf ganjil di atasnya. Menganggap ia sebagai suatu petunjuk baru, penggalian diteruskan dan pada kedalaman lebih 90 meter, air mula memenuhi lubang itu setinggi 30 meter. Walaupun disedut keluar, air tidak juga kering.

Setahun kemudian, lubang baru digali dengan harapan untuk menyambungkan ia dengan lubang asal. Tetapi, ia turut digenangi air apabila mencapai kedalaman 100 meter. Usaha itu akhirnya dihentikan apabila menemui buntu.

Setelah terbiar hampir setengah abad, pada tahun 1849, sebuah syarikat kembali ke pulau itu untuk mencuba nasib. Pada kedalaman lebih 80 meter, air kembali memenuhi lubang itu.

Penggalian diteruskan dengan menggunakan teknik penggerudian. Ia membawa kepada penemuan lapisan cemara dan lapisan kayu setebal empat inci sebelum lapisan metal setebal 22 inci.

Apabila mesin gerudi dikeluarkan, pasukan penggali dapati beberapa untaian rantai emas tersangkut pada mesin gerudi itu. Ini menambahkan lagi keyakinan mereka tentang harta karun di Pulau tersebut.

Tetapi, air di dalam lubang itu adalah air masin dan semakin naik apabila air laut mulai pasang. Dan apabila air laut surut, ada pula sumber air dari arah lain yang memasuki lubang itu.

Lalu kajian dijalankan untuk menyiasat dari mana sumber air itu datang. Mengejutkan apabila didapati pantai itu adalah pantai buatan yang telah dirancang agar lubang itu terhubung dengan pantai tersebut yang berjarak 500 meter. Namun harta karun yang dicari masih gagal ditemui.

Seterusnya, pelbagai usaha daripada pihak berbeza tidak pernah jemu melakukan penggalian di pulau yang dikenali dengan julukan 'The Money Pit' itu dari tahun 1861 sehinggalah sekarang.

Ada yang cuba menggali lubang baru ke arah timur dengan harapan akan menemui saluran lubang harta karun tersebut. Ada pula yang membuat halangan agar air tidak membanjiri lubang yang digali.

Tapi tiada satu pun yang berjaya. Malah, ia hanya meragut nyawa apabila dalam satu penggalian, alat pengepam air yang digunakan tiba-tiba meletup.

Teknologi moden vs teknologi kuno

Oak Island Ancient Technology

Ada beberapa teori yang dikaitkan dengan pemilik asal harta karun Pulau Oak. Antaranya, lagenda mengenai pelaut bernama Kapten William Kidd yang menyebut beliau telah menyembunyikan hartanya di Pulau tersebut.

Teori lain pula mengatakan pemilik asal harta karun itu adalah kerajaan Perancis yang menguburkan harta kerajaan di situ sewaktu kalah di dalam peperangan melawan Inggeris dahulu.

Ada juga khabar angin mengatakan harta karun itu mungkin kepunyaan bangsa Viking. Turut dikaitkan sewaktu penjajahan bangsa Eropah pada abad ke-18, banyak kekayaan peradaban Inca dan Maya yang telah lenyap dan kononnya segala harta itu disembunyikan di Pulau Oak.

Kepercayaan lain, pulau ini sejak dahulu menjadi tempat persinggahan para lanun dan tidak mustahil mereka menyembunyikan harta curian mereka di pulau itu.

Walau apa pun kaedah moden yang digunakan ketika ini, tiada satu pun daripada usaha yang dijalankan sejak kurun ke-17 itu berjaya menemui harta karun yang dikatakan tersembunyi dalam perut pulau itu.

Artifak yang ditemui banyak dikaitkan dengan teknologi zaman lampau yang masih belum mampu dirungkai dengan penggunaan teknologi moden hari ini.

Bagaimana teknik pengaliran saliran air dan hubungannya dengan darat dan bagaimana pulau buatan manusia itu dihasilkan masih menimbulkan msiteri.

Atau ia salah satu bukti betapa hebatnya teknologi kuno hingga gagal dirungkaikan oleh teknologi moden pada hari ini.

Sehingga sekarang harta karun di Pulau Oak masih lagi misteri.

-Sentiasapanas.com


View the original article here