iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Lumpur. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Gempar!!! Banjir lumpur Cameron Highland, 2 maut, 1 hilang (13 Gambar)

CAMERON HIGHLANDS 23 Okt. - Dua pekerja kebun sayur warga Bangladesh dan Indonesia maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir yang melanda Sungai Bertam, Ringlet di sini pukul1 pagi ini. - UTUSAN ONLINE


View the original article here

Sunday, 27 October 2013

Jom UNDI Kuala Lumpur Dalam Kempen Tujuh Bandar Keajaiban Dunia (N7WC)

type="html">
Kuala Lumpur terpilih sebagai antara 28 bandaraya finalis bagi kempen Tujuh Bandar Keajaiban Dunia (N7WC) selepas berjaya melepasi dua peringkat undian.

N7WC

Ibu negara melepasi peringkat pertama kelayakan sebanyak 380 bandar dan kemudiannya melepasi peringkat kedua sebanyak 77 buah bandar dan kini terpilih sebagai antara 28 bandar finalis.

Kempen N7WC adalah kempen ketiga dianjurkan oleh New7Wonders ekoran kejayaan kempen Tujuh Keajaiban Dunia dan Tujuh Keajaiban Alam Semulajadi yang memilih keajaiban dunia melalui pengundian di internet.

Bagi kempen N7WC, ia adalah satu forum bagi perbincangan tentang perancangan bandar metropolitan juga termasuk perkembangan industri pelancongan hingga rekabentuk binaan di bandar-bandar berkenaan.

Kempen N7WC dilancarkan oleh Presiden dan Pengasas New7Wonders Bernard Weber pada tahun lepas.

Kesemua 28 Finalis dipilih melalui satu Panel Pakar Bandar yang menjadikan kepelbagaian dalam sesuatu bandar antara satu elemen utama pemilihan N7WC.

Senarai bandar finalis adalah seperti berikut:-
  1. Athens (Greece)
  2. Bangkok (Thailand)
  3. Barcelona (Sepanyol)
  4. Beirut (Lebanon)
  5. Casablanca (Maghribi)
  6. Chicago (Amerika Syarikat)
  7. Doha (Qatar)
  8. Durban (Afrika Selatan)
  9. Havana (Cuba)
  10. Ho Chi Minh City (Vietnam)
  11. Istanbul (Turki)
  12. KUALA LUMPUR (MALAYSIA)
  13. Kyoto (Jepun)
  14. La Paz (Bolivia)
  15. London (United Kingdom)
  16. Mendoza (Argentina)
  17. Mexico City (Mexico)
  18. Mumbai (India)
  19. Perth (Australia)
  20. Phnom Penh (Kemboja)
  21. Prague (Republik Czech)
  22. Quito (Ecuador)
  23. Reykjavik (Iceland)
  24. St. Petersburg (Russia)
  25. Seoul (Korea Selatan)
  26. Shenzhen (China)
  27. Vancouver (Kanada)
  28. Vigan (Filipina)

Kini, proses pengundian untuk memilih tujuh bandar keajaiban dunia sedang berjalan daripada senarai 28 finalis ini.

Penulis mengajak anda untuk beramai-ramai mengundi Kuala Lumpur untuk terpilih sebagai antara satu bandar keajaiban dunia seterusnya mampu meningkatkan imej Kuala Lumpur di mata dunia.

Anda klik di UNDIAN DI SINI, dan kemudian tandakan tujuh bandar penuh keajaiban pilihan anda termasuk Kuala Lumpur.

Peringkat akhir undian bermula pada 21 Oktober lalu hingga 7 Julai 2014.

Sumber: Mynewshub


View the original article here

Friday, 25 October 2013

Banjir Lumpur di Sungai Bertam Ringlet Cameron Highland ( 10 Gambar )

type='html'>

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

Banjir Lumpur di Sungai Bertam Ringlet Cameron Highland | Cameron Highlands - Dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat sini.


Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.

Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat. 

Dibawah ini beberapa keping gambar keadaan di tebing Sungai Bertam dan sekitarnya selepas situasi cemas berlaku.

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,
 
banjir lumpur, cameron highland, berita, gamabr banjir sungai bertam, tragedi,

Sumber : Berita Harian


View the original article here