iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Kehilangan. Show all posts
Showing posts with label Kehilangan. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Misteri CIA dan Teori Konspirasi Kehilangan MH370

SUDAH 29 hari pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.
Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?
Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.
Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia – China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.
Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?
Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.

Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat ‘tiket’ menyerang Afghanistan dan Iraq.
Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.
Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.
CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa “hanya beberapa saat” tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.
Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?
Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.
Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.
Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.
Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?
CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.
Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia – China.
Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.
Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia – China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.
Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap ‘karut’ dan ‘tidak masuk akal’ hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap ‘karut’ mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.
KU SEMAN KU HUSSEIN


Artikel diterbitkan Mingguan Malaysia 6 April 2014

View the original article here

5 Tanda-Tanda Awal Sebelum Kehilangan Pesawat MH370



Semakin banyak teori² konspirasi dan spekulasi yang timbul mengenai insiden MH370. Apa-apa pun, ini semua hanyalah mainan minda pemikiran manusia. Terpulanglah sama ada hendak percaya ataupun tidak. Sama-sama kita nilaikan pendedahan di bawah.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan yang menggatakan kehilangan pesawat MH370 telah dinyatakan lebih awal dalam filem blockbuster Hollywood, Man of Steel.

Salah satu babak dalam filem Man of Steel, memaparkan nombor 370 secara jelas di atas sebuah kenderaan panjang (kalau tak silap bas atau kontena).





Jika dilihat dengan teliti, tertulisnya:

M.I.A 6 - 370

Apa maksudnya? Adakah maksudnya seperti di bawah ini?

MIA = Missing In Action
MIA = Malaysia International Airport

Manakala nombor 6 jika dikira secara abjad adalah sama kedudukan dengan huruf F yang membawa maksud kepada Flight.

6 = F (Flight)

Tetapi menurut pakar matematik yang tidak tahu sama ada dia bertauliah ataupun tidak, mengikut kiraannya, CIA terlibat dalam perancangan menghilangkan pesawat MH370 seperti berikut:



Okay, itu pendedahan yang pertama. Yang kedua pula, dalam filem tersebut, superman ada menyebut Lautan Hindi.


"If I don't stop that machine over the Indian Ocean"

Kebetulan?

24 Mac lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Pengumuman ini dibuat berdasarkan data-data kukuh yang diberikan oleh INMARSAT.

Pelik kan?

Salah satu babak dalam filem Mission Impossible III 2006 juga ada memaparkan logo Malaysia Airlines secara horizontal dalam keadaan yang musnah akibat letupan di China.

Logo yang sama juga muncul di filem Transformers - Revenge of the Fallen pada tahun 2009 juga di China.




Kebetulan kah ini? Seperti telah dirancang sejak 2006 lagi.

Anda nilaikanlah sendiri.. tak perlu percaya, cukuplah sekadar membaca info untuk hari ini.

Mymediahubonline


View the original article here