iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Kapal. Show all posts
Showing posts with label Kapal. Show all posts

Tuesday, 22 October 2013

Tak Senonoh Dalam Kapal Terbang Mendapat Kritikan (10 Gambar)

type='html'>

gambar seksi, kapal terbang, berita,

Tak Senonoh Dalam Kapal Terbang | Isu ini menjadi semakin kritikal selepas ramai penumpang muat naik video persembahan mereka di internet. Ramai penumpang yang membawa anak kecil merasakan semua ini adalah kurang sesuai dan patut dihentikan tetapi penerbangan ini tetap meneruskan bagi menarik lebih ramai orang untuk menggunakannya.

Rasanya kalau perbuatan sedemikian rupa berlaku pada sistem penerbangandi negara kita, apa akan terjadi?


Dibawah ini beberapa lagi keping gambar kelakuan tak senonoh pramugari dalam kapal terbang.

gambar seksi, kapal terbang, berita,

gambar seksi, kapal terbang, berita,

gambar seksi, kapal terbang, berita,
 
gambar seksi, kapal terbang, berita,


Sumber : oh-myberita.blogspot.com
Peluang Jana Pendapatan

View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Korea Utara Ancam Tenggelamkan Kapal Perang Amerika Syarikat!

Korea Utara kelmarin membuat ugutan serius untuk terus menenggelamkan kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah latihan ketenteraan antara tiga negara iaitu Korea Selatan, Jepun dan AS.


USS George Washington

Amaran terbaru itu disuarakan Korea Utara sehari selepas AS melancarkan latihan ketenteraan selama dua hari bersama Korea Selatan dan Jepun di kawasan lautan di selatan Semenanjung Korea.

Latihan itu turut disertai kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang dikuasakan oleh tenaga nuklear, kapal membawa peluru berpandu, helikopter anti-kapal selam dan juga pesawat pemberi amaran awal.

“Latihan ketenteraan ini menunjukkan AS-Jepun-Korea Selatan telah menjadi satu gabungan peperangan nuklear dan ia telah dilihat berfungsi dalam keadaan sebenar,” kata Jawatankuasa Penyatuan Aman Korea Utara dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, jika ketiga-tiga negara itu melancarkan peperangan nuklear tetapi pada masa sama berulang lantang memberi amaran dan mengugut Korea Utara tentang program nuklear, Pyongyang akan bertindak balas.

“Pihak tentera revolusi akan melancarkan serangan balas dan menenggelamkan semua pihak termasuk mereka yang membuat provokasi bersama-sama dengan kapal pengangkut mereka ke dalam laut,” katanya.

Rejim Korea Utara telah beberapa kali mengutuk latihan ketenteraan bersama dan mengugut akan membuat serangan balas namun sehingga kini tidak mengambil apa-apa tindakan.

Selasa lepas, Pyongyang memberi amaran kepada AS mungkin berlakunya ‘bencana yang teruk’ ekoran latihan terbaru dan segera meletakkan anggota tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga.

Bagaimanapun, sumber rasmi Amerika dan Korea Selatan mengklasifikasikan latihan itu sebagai latihan operasi mencari dan menyelamat bagi mempersiapkan mereka jika menghadapi bencana atau tragedi besar.

Sumber: Channel News Asia