iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, 19 October 2013

Si Penganut ATHEIS, Hishamuddin Rais Kata Islam Diceduk Dari Agama Hindu

type="html">
Sudah lama dan sudah ramai yang memberikan bukti bahawa Hishamuddin Rais, anak kampung yang kononnya pernah belajar di sekolah agama, sebenarnya penganut ajaran ATHEIS atau ajaran yang tidak mempercayai Tuhan.

Hishamuddin Rais Atheis

Bagi Hishamuddin Rais, agama adalah racun kepada manusia dan agama juga menghalang ketamadunan.

Bagaimanapun, ketika PKR terdesak untuk cuba mendapatkan kerjasama dan kepercayaan daripada PAS, Hishamuddin Rais cepat-cepat mengaku yang dia adalah seorang penganut agama Islam.

Malah, dia dengan bangganya memberitahu yang dia pergi bersembahyang Jumaat bagi membenarkan dakwaannya bahawa dia adalah seorang Islam.

Hishamuddin Rais Atheis

Namun, sifat munafik yang terkandung dalam diri Hishamuddin Rais terlalu menebal dan sukar dibuang. Walaupun dia cuba berlakon, tetapi akhirnya kebenaran tersingkap juga.

Secara tidak sengaja barangkali, dia telah mendedahkan kepercayaannya kepada semua pengkagumnya terutama sekali golongan muda yang turut mendokong fahaman Liberalisme dan Pluralisme di negara ini.

Dalam Twitter terbarunya, Hishamuddin Rais dengan sengaja cuba mencetuskan polemik baru yang sebenarnya lebih bersifat kepada PENGHINAAN TERHADAP ISLAM apabila secara jahil menyatakan ISLAM DICEDUK DAN DITIRU DARIPADA AGAMA HINDU.

Hishamuddin Rais Atheis
Hishamuddin Rais Atheis

Bahkan Al Quran yang merupakan kitab suci umat Islam pula diceduk daripada kitab Hindu yang tidak pun dibaca oleh kebanyakan penganut Hindu di negara ini, VEDA.

Tentu sekali kaum Hindu bertepuk tangan dan memuji-muji Hishamuddin Rais kerana kenyataan terbarunya itu.

Dan selepas kontroversi yang dimulakan oleh Lim Guan Eng menerusi Kalimah ALLAH bulan Februari lalu, kemudian disusuli pula oleh seorang pecacai DAP bernama SARAVANAN yang mempertikaikan upacara menyembelih lembu di padang sekolah, hari ini Hishamuddin Rais yang diketahui sebagai seorang penghasut terkenal, turut melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

Apakah Menteri Dalam Negeri yang sekarang ini sedang sibuk dengan pertandingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO akan mengarahkan pihak berkuasa di bawahnya untuk bertindak terhadap Hishamuddin Rais atau sebarang tindakan hanya akan dilakukan selepas pertandingan pemilihan UMNO?

[Sumber]


View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Mr Bean Masuk Islam Hanya Khabar Angin

Berita mengenai pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson yang popular dalam sitcom bersiri, Mr Bean dikatakan memeluk Islam sekadar khabar angin semata-mata.

Rowan Atkinson

Perkara itu disahkan jurucakapnya, Lucy Fairney dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan tersebut.

“Setahu saya, Rowan tidak memeluk Islam,” kata Lucy ringkas dalam satu kenyataan e-mel.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa Rowan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem kontroversi, Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Beberapa sumber portal media pula mendakwa tokoh agama dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Rowan.

Sumber: Sinar Online


View the original article here

Monday, 14 October 2013

Mahkamah Putuskan Kalimah 'Allah' Hanya Milik Umat Islam

type="html">
Gereja Katolik dihalang Mahkamah Rayuan dari menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian.

Isu Kalimah Allah

Keputusan diumumkan oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam keadaan mahkamah yang penuh padat.

Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum.

(Baca: Hujah Dan Fakta Penolakan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Umat Kristian)

Pada 10 September, panel mendengar hujah peguam kerajaan, Suzana Atan yang menyatakan keadaan akan menjadi tegang sekiranya kalimah Arab Allah dibenar untuk penerbitan mingguan Katolik Herald dalam bahasa Melayu.

Suzana memberi contoh selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, terdapat beberapa insiden serangan ke atas beberapa rumah ibadat.

Katanya, kalimah Allah mengundang pelbagai kekeliruan kepada penganut agama Islam dan Kristian kerana kedua-dua agama mempunyai tafsiran berbeza mengenai kalimah itu.

Menurutnya lagi, menteri mempunyai kuasa mutlak di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 bagi meletakkan syarat ke atas permit penerbitan tersebut.

Suzana berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana keputusannya mewujudkan persengketaan dan kekacauan dalam masyarakat.

Manakala, peguam Porres Royan yang mewakili gereja berkata hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan tidak salah dalam penghakimannya kerana larangan berkenaan adalah satu bentuk pencerobohan kepada kebebasan agama dan kebebasan bersuara.

Katanya, keselamatan negara dan hujah Putrajaya adalah satu kenyataan lemah.

Isu Kalimah Allah

Royan menjelaskan pada 1982 terdapat arahan pengecualian di mana kalimah itu boleh digunakan oleh Al-Kitab yang diimport dari Indonesia dan menggunakan dialek Sabah dan Sarawak.

Herald telah menggunakan kalimah Allah semenjak 1994.

Royan berkata kerajaan telah membenarkan Al-Kitab dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah yang diimport dan dicetak dalam negara.

(Baca: Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah 'Allah'?)

Isu kalimah Allah bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar Herald menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan.

Tindakan tersebut menyebabkan gereja mengemukakan saman kepada kerajaan kerana melanggar hak dalam Perlembagaan.

Mahkamah Tinggi kemudian membenarkan semakan keputusan dan membatalkan pengharaman oleh KDN untuk menggunakan kalimah Allah oleh Herald.

Hakim turut menjelaskan gereja mempunyai hak dalam Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam akhbarnya kerana agama selain Islam boleh mengamalkannya secara aman dan harmoni.

Katanya, meskipun Islam merupakan agama Persekutuan, ia tidak memberi kuasa kepada kerajaan menghalang gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

[Sumber]


View the original article here