iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Inilah. Show all posts
Showing posts with label Inilah. Show all posts

Monday, 28 October 2013

Inilah Rupa Burger McD Yang Disimpan Sejak 14 Tahun Lalu

Inilah rupa sebiji burger Mc Donalds fast food yang telah disimpan oleh seorang lelaki sejak sekian lamanya..Dilaporkan dia telah menyimpan beger McD tersebut sejak 14 tahun lalu..! Jom tengok rupa burger tersebut..







Lelaki yang bernama David Whipple ini telah membeli burger tersebut di sebuah cawangan Mc Donalds di Utah, Amerika Syarikat menyatakan bahawa di telah menyimpan makanan segera McD tersebut sejak dari tahun 1999 lagi..

Kejadian tersebut yang berlaku secara tidak langsung apabila dia memang berniat untuk menyimpan buger tersebut selama 2 bulan untuk membuktikan bahawa makanan segera sememangnya mempunyai pengawet..Niat untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya itu bagaimanapun tidak berlaku selepas dia terlupa tentang burger McD itu..

Setelah 2 tahun berlalu dia terjumpa semula dengan buger yang disimpannya itu..Apa yang anehnya, burger tersebut masih lagi kelihatan sempurna seperti sejak mula dibeli dan tiada kesan kerosakan seperti ditumbuhi kulat dan sebagainya..!

Dia terus menyimpan semula burger tersebut....dan selepas 14 tahun berlalu burger yang dibelinya suatu ketika dahulu itu masih lagi tetap seperti baru dibeli..Turut disimpan adalah resit bukti pembelian buger McD tersebut..

Dia turut menyatakan, "burger tersebut adalah satu contoh yang bagus apa yang berlaku sekiranya (keburukan) makan makanan segera untuk dilihat oleh anak-anak saya dan kenapa pentingnya makan makanan secara sihat.." ujarnya..Oh tidak..!



View the original article here

Monday, 21 October 2013

Inilah manusia pertama yang berjaya dirakam kamera di dunia

Sejarah fotografi ternyata sudah berlangsung cukup lama, mulai era 1800-an. Foto apa yang dianggap sebagai yang pertama di dunia?

Gambar pertama yang menampakkan objek manusia diyakini adalah Boulevard du Temple. Foto yang diambil oleh warga Perancis bernama Louis Daguerre ini dirakam pada tahun 1838.

Foto tersebut diambil menggunakan teknik fotografi awal yang dikenali sebagai daguerreotype, sempena dengan nama Louis Daguerre yang menjadi penemunya. Foto tersebut menampakkan sebuah jalanan di Paris.

 

 Louis Daguerre berjaya merakam satu imej seseorang lelaki dan tukang menggilap kasut di sudut sebuah jalan. Tampak lengang tiada orang bukan?, Ini kerana kerana proses Daguerre dilakukan antara lain dengan mengekspos sebuah plat logam yang diberi perlakuan kimia selama beberapa minit. Jika seseorang atau sesuatu objek bergerak, maka dia tidak akan nampak dalam gambar foto daguerreotype ini.

Oleh kerana orang yang ada dalam foto ini relatif tidak bergerak ketika foto diambil, maka dia terlihat dalam foto tersebut.


View the original article here

Saturday, 12 October 2013

Inilah bunker rahsia AS tersembunyi di bawah hotel mewah




Kerajaan Amerika diam -diam punya bunker rahsia letaknya tersembunyi di bawah Hotel mewah Greenbrier di White Sulphur Springs , West Virginia, kira-kira lima jam dari Ibu Kota Washington Dc

 Daily Mail melaporkan , Jumaat ( 11/ 10) , bunker rahsia itu bersalut konkrit dengan ketebalan satu meter dan dilengkapi dengan persediaan logistik buat 30 tahun. Bunker itu dibuat untuk perlindungan dari serangan nuklear .






" Bunker ini bukan dibuat untuk orang per orang . Bunker ini dibuat untuk sistem pemerintahan yang demokratik ," kata Linda Walls dari Greenbrier Hotel.

Bunker itu dibuat di masa pemerintahan Presiden Eisenhower dari 1958 hingga 1962 untuk menjangka perang nuklear di tengah Perang Dingin dengan Soviet. Pembangunan bunker itu ketika itu dinamakan Projek Pulau Greece.






Di dalam bunker yang selesai dibina pada 1962 itu tersedia 1,100 tempat tidur. Bunker itu disediakan bagi pegawai kerajaan Amerika . Saiz bunker itu kira-kira 34 ribu meter persegi. Di dalamnya terdapat kemudahan buku , makanan, dan alat permainan.

Tempat tersembunyi itu terletak 27 meter di bawah tanah. Bunker itu mempunyai tinggi 6.1 meter dengan panjang 186 meter dan lebar 27 meter .






 Di dalam bunker itu ada ruangan-ruangan yang boleh memuatkan 470 orang , cukup untuk ahli parlimen Amerika yang berjumlah 425 orang . Dan ada ruangan yang cukup untuk 130 orang bagi anggota senat .

Kos pembinaan kubu rahsia itu ketika itu mencapai $14 million.






Daily Mail & merdeka.com