iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Haram. Show all posts
Showing posts with label Haram. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Mayat Pelumba Haram Dibiar Atas Jalan

type='html'>

lumba haram, china, lumba kereta, nahas jalan raya, kemalangan, berita

Mayat Pelumba Haram Dibiar Atas Jalan  | ChinaMayat seorang lelaki, Tao Lung yang terkorban ketika berlumba di jalan raya, telah dibiarkan di atas jalan tanpa ditutup oleh polis, sebagai ingatan kepada orang lain agar tidak melakukan perbuatan sama.

Mayat berkenaan dibiarkan begitu sahaja tanpa ditutup dan menjadi tontonan orang ramai di situ termasuk kanak-kanak.

Hanya selepas polis menyelesaikan siasatan, barulah mereka menarik kenderaan yang remuk itu sebelum memasukkan mayat Lung ke dalam van.

Lung, 28, meninggal dunia selepas tercampak daripada kereta jaguar F bernilai kira-kira RM400,000 yang dipandunya.

Kenderaan itu telah merempuh pokok ketika cuba memotong sebuah kereta lain.
Selepas tercampak keluar, dia telah dilanggar oleh sebuah kereta yang turut terlibat dalam perlumbaan berkenaan.

Kenderaan terbabit memecut melebihi 150 mph di kawasan kediaman. Menurut penduduk di situ, mereka sudah bosan dengan kegiatan lumba kereta dan telah membuat laporan kepada polis dengan amaran pasti akan berlaku juga kemalangan di situ.

“Namun polis enggan mengatasi masalah ini kerana mereka yang terlibat adalah orang kaya,’’ kata salah seorang penduduk.

China mencatatkan kematian kira-kira 220,000 orang setiap tahun akibat kemalangan jalan raya dan jumlah tersebut menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah mereka yang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.


Lumba kereta di jalan-jalan utama di China kini menjadi satu trend terutama di kalangan golongan belia.
Kebanyakan yang terlibat hanya mahukan penghormatan dan prestij, berbanding wang ringgit.

Malah terdapat kelab-kelab yang menganjurkan pertandingan itu dengan melibatkan hanya kereta mewah sahaja.

Sumber: mynewshub
 
Menangi Tiket Konsert KESHA Di Malaysia

View the original article here

Wednesday, 16 October 2013

Aeril Kesal Anaknya Dilabel Anak Haram

Pelakon filem, Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengesahkan bahawa mereka sudah bernikah sejak setahun lalu.

Aeril Zafril dan Wawa Zainal

Pasangan selebriti ini juga sudah mempunyai seorang cahaya mata.

Akui bercinta sejak 2011, Aeril memberitahu kisah cinta mereka dihalang oleh pihak pengurusan sehingga terpaksa menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

"Kami memang bercinta sejak itu tetapi dimarahi pihak pengurusan.

"Kami terpaksa memberitahu bahawa kami tidak bercinta," katanya pada sidang media khas yang turut dihadiri Wawa, hari ini.

Ekoran dihalang, pasangan ini membuat keputusan untuk bernikah, awal tahun lalu.

"Kerana itu saya mengambil langkah, demi Allah, pada 25 Februari 2012, saya, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah bernikah.

"Bukan seperti yg kamu ketahui 4 Februari sebelum ini," kata Aeril.

Agak terkilan apabila cahaya mata mereka dilabel anak luar nikah, Aeril menitiskan air mata.

"Orang kata anak saya anak haram. Perasaan seorang bapa...tapi saya tidak kisah jika saya yang dihina.

"Tetapi...apabila orang mendedahkan identiti anak saya tanpa kebenaran saya...itu hak peribadi.

"Tak kan apabila dah jadi selebriti, kita kena kongsi semua rahsia peribadi," kata Aeril sedikit emosi.

Pengakuan tersebut menutup spekulasi yang timbul kebelakangan ini.

-Sinar Online


View the original article here