iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Ditembak. Show all posts
Showing posts with label Ditembak. Show all posts

Saturday, 26 October 2013

Penjara Setahun Jika Muat Naik Gambar Dan Video Kakitangan AmBank Ditembak!

type="html">
Orang ramai yang terlanjur mengepos gambar atau rakaman CCTV detik pembunuhan kejam kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib di medium sosial seperti Facebook dan Whatsapp dinasihatkan agar memadam pos berkenaan dengan segera.

AmBank
Suami Norazita Abu Talib.

Hal ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memberi amaran dalam satu status di Facebook mereka bahawa penyebaran gambar dan video sedemikian adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 dan satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurut SKMM, penyebaran gambar dan video berkenaan boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak, selain menjadi satu tanggung jawab sosial untuk semua orang menghormati mangsa dan keluarganya.

Dalam pada itu, suami arwah, Irwan Kamarudin, 37, turut memohon perkara sama ketika dihubungi media Bernama, usai pengebumian isterinya di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.

Irwan dipetik berkata, penyebaran gambar dan rakaman berkenaan akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa.

Sumber: Facebook SKMM/Bernama


View the original article here

Friday, 25 October 2013

Pegawai Bank AmBank Subang Ditembak Mati

type='html'>

Pegawai Bank AmBank Subang, berita, subang, ambank, jenayah, kes tembak

Rompakan bersenjata - Seorang pegawai bank Ambank di Subang Jaya mati ditembak di bahagian kepala oleh pengawal keselamatan bank yang sama dalam satu kejadian rompak di Jalan USJ Central 2.


Dalam kejadian pada pukul 6.16 petang itu (23.10.2013), pegawai bank tersebut, Norazita Abu Talib, 37, masuk ke dalam bilik kebal bank berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek yang sepatutnya mengawal keselamatan mereka tetapi dipercayai dipaksa pula oleh suspek yang bersenjatakan senapang patah untuk membuka peti besi berisi wang di bank berkenaan.

Pegawai Bank AmBank Subang, berita, subang, ambank, jenayah, kes tembak
wajah suspek yang merompak bank tersebut melalui rakaman cctv

Pegawai Bank AmBank Subang, berita, subang, ambank, jenayah, kes tembak

Sumber polis berkata, sebaik sahaja mangsa membuka peti bilik kebal tersebut, suspek yang berumur 37 itu kemudiannya telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian kiri muka mangsa..


Suspek yang dipercayai bersekongkol dengan seorang lagi lelaki kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah motosikal dengan sejumlah wang yang masih belum dikenalpasti jumlahnya selepas menembak mati pengawai bank tersebut.

Rakaman CCTV kejadian sebenar  Pengawal Keselamatan Menembak Mati Pegawai Bank

Tonton Video Ini

Sumber : buatbest.blogspot.com

View the original article here