iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Bakal. Show all posts
Showing posts with label Bakal. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Jamal Abdillah , Rossa bakal bergelar Datuk

type='html'>

gelaran Datuk, Jamal Abdillah, Rossa, penyanyi, artis, hiburan

Jamal Abdillah dan Rossa bakal bergelar Datuk | Penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali dan penyanyi Indonesia Rossa atau Sri Rossa Roslaini Handiyani menerima DIMP yang membawa gelaran Datuk , sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-83, esok.


Ia sekaligus mengiktiraf segala sumbangan Jamal Abdillah dalam industri hiburan tempatan. Beliau yang mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 1973 juga merupakan seorang pelakon dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem tempatan seperti Azura dan Ghazal Untuk Rabiah.

Manakala Rossa pula mula bergiat dalam bidang nyanyian seawal tahun 1988 dan popular dengan lagu seperti Ayat-Ayat Cinta dan Atas Nama Cinta , tahniah untuk mereka berdua, semoga terus berjaya dalam industri yang mereka ceburi.


Tapi yang pelik kenapa Rossa juga turut mendapat gelaran Datuk sedangkan penyanyi ini artis luar negara? Rasanya sumbangan beliau dlama Industri Hiburan Tanah Air tidaklah banyak sangat. Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Sumber : brotherssam.blogspot.com

View the original article here

Wednesday, 23 October 2013

Mariah Carey Bakal Bercerai?

Perceraian di kalangan selebriti Hollywood sememangnya sudah menjadi perkara biasa ditatap di dada akhbar.

Mariah Carey

Justeru, tidak mengejutkan apabila pasangan Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon pula yang dijangka bakal mengakhiri perkahwinan mereka sedikit masa lagi.

Khabarnya, mereka kini sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dan Mariah juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

Menurut sumber, Nick dikatakan menegur sikap isterinya yang suka menghabiskan masa di luar selain bersikap mengongkong.

Punca lain yang turut disebut ialah perasaan rindu Mariah pada bekas suaminya, Tommy Mottola masih menebal sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Nick.

Hai, tak tahulah sama ada perkara ini benar-benar akan berlaku atau tidak. Apapun, kita tunggu pengesahan dari mulut pasangan ini sendiri nanti.


View the original article here

Friday, 18 October 2013

Atilia Bakal Tamatkan Zaman Janda

Penyanyi jelita berstatus janda, Atilia bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang jurutera bunyi pada hujung tahun ini selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Raja Puteri Atilia Raja Haron

"Kami ada rancang untuk berkahwin, InsyaAllah hujung tahun ini tapi belum ada tarikh sebenar lagi.

"Majlis tersebut akan dibuat secara kecil-kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Atilia atau nama sebenarnya Raja Puteri Atilia Raja Haron, 39, turut mengakui masih terasa kehilangan bekas suaminya Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia akibat kanser hati pada 7 Ogos tahun lepas.

Atilia menjalani kehidupan sebagai suami isteri bersama Ariff Johan selama 10 tahun, namun hubungan tersebut kandas di tengah jalan apabila mereka bercerai pada Januari 2009 secara baik. -mStar


View the original article here

Thursday, 17 October 2013

Cristina Suzane Bakal Berkahwin Januari 2014

Pelakon Cristina Suzane bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan ibunya pada 22 Januari 2014 di kampung halamannya, Kuantan, Pahang.

Cristina Suzane

Cristina atau lebih mesra disapa Cris, 28, berkata, dia sudah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki yang enggan didedahkan identitinya itu pada Ahad lalu dan bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai majlis tersebut.

"Alhamdulillah, saya sudah bertunang dan kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Biarlah majlis (pertunangan) ini hanya diketahui oleh kalangan keluarga sahaja.

"Setakat ini kami merancang untuk bernikah pada 22 Januari 2014 tetapi belum merancang mengenai resepsinya pula. InsyaAllah jika semua tarikh ditetapkan, saya akan membuat pengumuman dan menjemput semua," katanya yang dihubungi mStar Online disini, pada Selasa.

Cris atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill dalam laporan media terdahulu memberitahu bahawa tunangnya itu merupakan teman sekolahnya dan sejak bekerja mereka tidak pernah berhubung sehinggalah pada Ramadan lalu lelaki berkenaan datang ke rumah untuk merisik.

Cristina Suzane
Cris bersama bakal suami pada majlis pertunangannya.

Selepas melihat keperibadian lelaki tersebut yang menghormati orang tua selain pandai mengambil hati adik beradik, ibu Cris terus menasihatinya untuk menerima lelaki itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.

Tambah Chris, setakat ini dia belum membuat sebarang persiapan lagi, namun mengakui dia kini sedang belajar memasak sebagai persediaan menempuh kehidupan berumah tangga nanti.

"Sekarang ini saya belajar memasak daripada mak. Selama ini bukan saya tak mahu belajar memasak, tetapi mak tidak membenarkan saya tolong kerana enggan dapur bersepah nanti," selorohnya.

Dalam perkembangan lain, pelakon filem KIL itu baharu saja selesai penggambaran filem CEO pada dua bulan lalu bersama aktor Remy Ishak.

Selain itu, Chris juga bakal muncul menerusi telefilem Dari Sinar Mata untuk siaran TV3.

-mStar


View the original article here

Tuesday, 15 October 2013

Mariah Carey Bakal Bercerai?

Perceraian di kalangan selebriti Hollywood sememangnya sudah menjadi perkara biasa ditatap di dada akhbar.

Mariah Carey

Justeru, tidak mengejutkan apabila pasangan Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon pula yang dijangka bakal mengakhiri perkahwinan mereka sedikit masa lagi.

Khabarnya, mereka kini sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dan Mariah juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

Menurut sumber, Nick dikatakan menegur sikap isterinya yang suka menghabiskan masa di luar selain bersikap mengongkong.

Punca lain yang turut disebut ialah perasaan rindu Mariah pada bekas suaminya, Tommy Mottola masih menebal sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Nick.

Hai, tak tahulah sama ada perkara ini benar-benar akan berlaku atau tidak. Apapun, kita tunggu pengesahan dari mulut pasangan ini sendiri nanti.


View the original article here

Friday, 11 October 2013

Morsi Bakal Dibicara Atas Tuduhan Menghasut Untuk Membunuh!

Mahkamah Mesir mengumumkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi akan dibicarakan pada 4 November ini atas tuduhan menghasut untuk membunuh para penunjuk perasaan ketika beliau sedang memegang jawatan tersebut.


Morsi

Morsi ditahan di satu lokasi rahsia sejak digulingkan tentera pada 3 Julai lalu.

Sejak itu, beliau tidak kelihatan di khalayak ramai walaupun pernah menemui keluarganya sebanyak dua kali.

Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton dan delegasi dari Kesatuan Afrika juga pernah melawat Morsi semasa beliau ditahan.

Seramai 14 orang ahli pergerakan Ikhwanul Muslimin akan turut dibicarakan bersama Morsi.

Dua anggota Ikhwanul Muslimin yang terkenal, Mohamed al-Beltagi Essamel-Erian juga bakal dibicarakan bersama Morsi.

Mahkamah Rayuan Kaherah juga menamakan Hakim Ahmed Sabry Youssef bagi mengadili perbicaraan Morsi, lapor agensi berita MENA.

Kes Morsi itu berkaitan dengan keganasan yang berlaku semasa pemerintahannya.

Sekurang-kurangnya 100,000 orang penunjuk perasaan berhimpun di luar pejabat Morsi pada 4 Disember tahun lalu. Para penunjuk perasaan itu membantah satu dekri yang dikeluarkan Morsi bagi melindungi keputusannya daripada diadili pihak kehakiman.

Para penyokong Morsi kemudian bertempur dengan para penentang Presiden itu sehingga mengakibatkan 10 orang terbunuh. -AP