iklan 728x90

Pages

Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Alang Mengamuk Video Terlalu Romantis Masuk Akhbar

type="html">
Susulan laporan dalam akhbar Harian Metro berkenaan kisah pasangan remaja bercinta Fatien Afiqah dan Alang Beez, hari ini Alang dalam akaun Facebook menyuarakan kemarahannya ekoran laporan itu.

Alang

Dalam satu status Facebooknya, Alang mempersoalkan tindakan akhbar berkenaan menulis berita tentangnya kerana beliau sudah pun memohon maaf kerana kejadian video itu.

Menurut Alang, permintaan ramai untuk dia mengeluarkan video berkenaan dari internet sudah dituruti tetapi masih ada pihak yang ingin mengutuk dan mengecam serta memalukan Alang di internet.

“Terima kasih kerana buat aku mcm ni sampai ke metro korang masuk kan video aku…. Hey aku dah minta maaf gan korang… Korang suruh buang video tu aku dah buang tapi korang masih lagi nak memalukan aku sampai ke tahap ni,” menurut status Alang.

Alang

Adik, sebelum memuatnaik video berkenaan tidak pulak adik fikir akan penerimaan orang ramai yang rata-ratanya beragama Islam ini.

Mungkin ramai yang bercinta, tetapi tak ramai yang tanpa memikirkan maruah diri memuatnaik video sebegitu ke dalam internet.

Video dengan perlakuan memualkan bukan boleh diterima oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia, sekarang tanggunglah sendiri.

Dalam status Alang, dia pulak nak memberi amaran kepada orang tentang akan balasan yang akan diterima oleh orang ramai yang mengutuknya dan mengecamnya.

“Ingat dunia berputar korang ada adik perempuan korang ada akak sampai masa korang kena mcm ni baru korang dapat rasakan mcm mana perasaan aku skrg… Bukan kat dunia aku sorang yang mcm ni ramai lagi tapi kenapa korang tak buat mcm mana korang buat pada aku skrg… Terima kerana membuat aku and Fatien afiqah mcm ni….,” kata Alang.

Nampaknya Alang masih tak menyesali perbuatan bodohnya yang mengundang kemarahan masyarakat sebaliknya cuba mempertahankan tindakannya memuatnaik video sebegitu.

Malas nak tulis lebih-lebih, adik baik pergi bertaubat dan berubah segera.



Inilah video angkara Alang dan pasangannya yang menimbulkan kemarahan.

Ibu Pasangan Kekasih Tanggung Malu

“Orang hanya pandai mengata, tuduh saya tak tahu jaga anak dan macam-macam lagi. Hakikatnya, saya dan suami sudah jalankan tanggungjawab kami dan anak saya bukan gadis liar yang boleh keluar rumah sesuka hati.

“Kalau perkara sama berlaku pada mereka (orang yang mengata), mungkin baru mereka tahu apa yang saya dan suami rasakan sekarang. Saya merayu, fahamilah situasi kami dan janganlah tuduh kami yang bukan-bukan.”

Itu luahan hati seorang ibu mahu dikenali sebagai Rohani, 36, selepas rakaman video anak perempuannya yang berusia 15 tahun dengan ‘aksi mesra’ bersama teman lelaki, kini tersebar meluas di laman YouTube dan Facebook (FB).

Rohani berkata, perhubungan anak perempuannya, dinamakan sebagai F dengan teman lelakinya yang juga berusia belasan tahun memang diketahuinya, namun dia tidak menyangka mereka akan bertindak sejauh itu.

“Saya memang tahu mereka berkawan rapat, tapi tak sangka pula sampai merakam video berpeluk dan bercium dan dimuat naik pula ke Internet,” katanya.

Memurut Rohani, dia mendapat tahu mengenai rakaman video itu apabila diberitahu sendiri anaknya selepas ia tersebat di internet.

“Tapi anak saya tak tahu siapa yang sebarkan video itu di internet tapi dia syak ia dilakukan oleh kawan teman lelakinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Rakaman video aksi mesra F bersama teman lelakinya yang berpelukan dan bercium di pondok sebuah taman rekreasi mendapat perhatian pelayar internet yang memberi lebih 1,000 komen.

Sebahagian besar daripada mereka mengutuk perbuatan remaja terbabit dan menyalahkan ibu bapa mereka yang dituduh tidak pandai menjaga anak, namun ada juga yang memberi nasihat selain mencadangkan kedua-duanya dikahwinkan.

“Bila rakaman itu tersebar itu tersebar, suami amat marah dan kecewa, tetapi apa sangatlah yang kami boleh lakukan kerana perkara sudah berlaku.

“Inilah sikap budak-budak zaman sekarang, buat sesuatau tanpa fikir panjang, bila jadi macam ni ibu bapa juga lah yang susah dan tanggung malu.

“Sukar diceritakan perasaan malu saya apabila rakan, jiran dan saudara mara bertanya saya mengenai apa yang berlaku. Biarpun sukar, kami terpaksa harungi jua,” kata Rohani.

Ditanya adakah dia akan mengahwinkan F dan teman lelakinya sebagaimana dicadangkan sesetengah pihak, Rohani berkata anaknya itu masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga.

“Sebagai ibu, pastinya saya mahu yang terbaik untuk anak saya. Namun, soal jodoh ini di tangan Tuhan dan kita tidak tahu bagaimana masa depannya nanti,” katanya.

Rohani berkata, berikutan itu pergerakan anaknya kini dikawal lebih ketat dan diharap anaknya tidak terus dipandang serong.

“Mungkin saya akan pindahkan dia di sekolah lain. Biar apa pun berlaku, saya akan pastikan di perlu tamatkan persekolahannya, sekurang-kurangnya setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sumber: Mynewshub/Hmetro


View the original article here

Friday, 18 October 2013

Pengharaman Kalimah Allah Hanya Untuk Akhbar Herald

type="html">
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menjelaskan, keputusan tidak boleh menggunakan kalimah Allah yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Isnin lalu hanya melibatkan majalah mingguan terbitan gereja, Herald dan tidak termasuk penerbitan lain.

Isu Kalimah Allah

Perkara ini diperjelaskan dalam satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini sebagai respon terhadap kebimbangan masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak terhadap pengharaman Bible dalam bahasa Melayu yang dikenali sebagai Al-Kitab.

Persatuan itu memberi jaminan, penganut Kristian di sana tidak akan terjejas dengan keputusan mahkamah tersebut.

Pada masa sama persatuan menasihatkan masyarakat supaya benar-benar membaca dan memahami keputusan mahkamah sebelum membuat kesimpulan sendiri atau sebarang kenyataan yang boleh disalahtafsirkan.

Isnin lalu, panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini sekaligus menghalang The Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Bagaimanapun, pihak gereja yang mempunyai masa untuk membuat rayuan dalam masa 30 hari mengakui akan berbuat demikian.

Pengharaman Kalimah Allah Usaha UMNO Dapatkan Sokongan

Isu Kalimah Allah

Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dilihat sebagai usaha Umno memenangi semula sokongan orang Melayu menurut BBC dalam ruangan komentarnya kelmarin.

Wakilnya, Jennifer Pak yang hadir ketika keputusan dibacakan mahkamah menjelaskan bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana populasi penganut Kristian di Malaysia hanyalah 9%.

"Ramai yang percaya isu ini tercetus daripada pertelingkahan di antara Umno dan PAS tetapi isu sama juga yang dimainkan semasa dan selepas pilihanraya."

Katanya, bukan semua umat Islam menyokong keputusan kerajaan untuk menghalang Kristian menggunakan kalimah itu tetapi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang terlalu bersemangat menyokong usaha itu.

Sementara itu, sebuah akhbar di Emiriah Arab Bersatu (UAE), The National terkejut dengan keputusan yang dibacakan oleh Mahkamah Rayuan.

"Keputusan mahkamah Malaysia bukan sahaja bercanggah dengan amalan beragama tetapi sejarah kalimah itu sendiri. Kalimah Allah itu berasal daripada perkataan 'al-ilah' yang bermaksud tuhan.

Kalimah itu telah digunakan di serata dunia dan memasuki alam Melayu dari negara Arab," kata pengarangnya.

"Kalimah Allah tidak hanya eksklusif untuk Islam malah Kristian dan Yahudi juga menggunakan kalimah itu merujuk kepada tuhan sebelum kedatangan Islam.

"Al-Quran sendiri dalam Surah Al-Ankabut menjelaskan umat Islam harus menjelaskan kepada kaum (Kristian dan Yahudi) bahawa tuhan adalah satu."

Akhbar itu turut mengambil contoh UAE menjadi negara Islam dengan pecahan populasi Kristian dan Hindu tetapi boleh hidup bersama mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ada diskriminasi.

Akhbar di Timur Tengah juga kerap memainkan isu ini beberapa kali sejak ia mula didebatkan di Malaysia pada awal 2010.

Pada Januari 2010, seorang kolumnis akhbar di sana menyebut, "Malaysia telah bertindak kejam kepada penganut Kristian dengan menggunakan isu kalimah Allah yang menunjukkan mereka sendiri tidak cukup arif tentang Islam.

"Dalam Islam, Allah merujuk kepada kalimah Arab yang merujuk Tuhan Maha Besar dan Pencipta sekalian alam.

Allah juga adalah tuhan kepada Nabi Noh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan nabi-nabi yang lain," kata Akash Sagar.

Keterangan dan Hujah Majlis Fatwa Kebangsaan

Isu Kalimah Allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keterangan/Hujah:
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

-Sentiasapanas.com


View the original article here