DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang bekerja
sebagai pembantu restoran makanan segera di daerah ini dengan seorang
jejaka, membawa detik hitam apabila kesucian dirinya dinodai kekasih.
Detik
mendukacitakan itu berlaku di sebuah hotel bajet, dekat sini, apabila
gadis berusia 19 terbabit menjadi mangsa kerakusan hubungan luar nikah
dilakukan kekasihnya sendiri.
Rahsia gadis terbabit terbongkar dalam serbuan sepasukan Pegawai
Penguat Kuasa Agama Syariah Dungun, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin
selepas menerima maklumat mengatakan pasangan menyewa bilik hotel itu
berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketika serbuan, pasangan lelaki itu dikatakan membuka pintu, manakala
kekasihnya pula difahamkan sempat masuk ke bilik air untuk mandi.
Hasil soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim, sebaliknya lel
aki itu datang dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas untuk bertemu
kekasihnya yang dikenali setahun lalu sebelum menginap di hotel
tersebut.
Lelaki berasal dari Tanah Merah, Kelantan yang bekerja sebagai pekerja
swasta di Rawang, Selangor itu sanggup datang ke Dungun untuk
melampiaskan nafsu bersama kekasihnya yang juga dari Kelantan, malah
mereka dikatakan baru pertama kali memadu asmara dan tidur bersama.
Akibat perbuatan terkutuk itu, pasangan terbabit akhirnya ditahan bagi
siasatan lanjut kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk
melakukan persetubuhan.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000
atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Turut dirampas, coli dan seluar dalam wanita itu untuk dijadikan bahan
kes dalam prosiding pendakwaan pada awal Disember nanti.


No comments:
Post a Comment