iklan 728x90

Pages

Sunday, 1 December 2013

Marsha Tidak Menganggap Adegan Ranjang Dieksploitasi

 

Kini dimana-mana orang bercakap mengenai adegan ranjang yang dilakonkan oleh Marsha Milan Londoh dan pelakon veteran, Wan Hanafi Su dalam filem terbaru mereka yang berjudul Laga.
  
Perkara ini gara-gara trailer filem tersebut yang memaparkan babak ‘panas’ mereka di atas katil yang menjadi tumpuan pemerhati industri hiburan.

Malah, ada yang mengkritik penampilan aktres itu yang sewenang-wenangnya melakonkan babak tersebut tanpa memikirkan sensitiviti masyarat Timur yang kaya dengan adab sopannya.

Mengulas mengenai perkara itu, Marsha berkata kepada Metro Ahad, “saya terkejut tetapi tidak ambil serius perkara itu kerana ia hanya lakonan. Cuma saya tidak mahu orang salah anggap Laga sekadar menjual adegan panas, walhal banyak lagi babak menarik”.

“Saya juga tidak melihat diri saya sebagai bahan eksploitasi. Lagipun kalau dilihat betul-betul, bukan panas mana pun adegan itu, cuma mungkin cara kerja kamera dan hasil suntingan menjadikan babak itu realistik,” katanya.

Laga turut dibintangi ramai pelakon hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Eman Manan, Nasir Bilal Khan dan juga kemunculan pelakon seberang, Tyas Mirasih.

Di bawah, penulis kongsikan trailer Laga yang mana mengandungi adegan panas Marsha dan Wan Hanafi Su.

Mungkin inilah nilai seni yang cuba diterapkan oleh pengarahnya, kalau takde babak ini mungkin akan menggangu keseluruhan jalan ceritanya kot.

Apa-apa pun enjoy dulu video ini ya! -Mynewshub

Penyanyi Lostprophets Hadapi Tuduhan Rogol Bayi

 

Ian Watkins, bekas penyanyi utama band rock Lostprophets, kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan merogol bayi.
  
Watkins, 36, menafikan 24 kesalahan seksual yang dihadapkan kepadanya termasuk merogol, melakukan gangguan seks dan membuat konspirasi untuk merogol kanak-kanak.

Tuduhan lain terhadapnya adalah merekacipta dan memiliki gambar tidak senonoh serta melanggar lumrah alam termasuk melibatkan binatang.

Perbicaraan melibatkan penyanyi tesebut yang ditahan bersama dua lagi wanita sejak Disember 2012 dijangka berakhir dalam masa tiga minggu.


Lostprophets yang ditubuhkan pada 1997 pernah menghasilkan album yang terjual 3.5 juta unit sebelum band itu mengumumkan perpecahan mereka pada 2012.

-Mynewshub

Gambar Kekasih Chacha Maembong

 

Sebelum ini, sebuah portal hiburan tempatan telah berkongsi beberapa keping foto mesra antara Chacha Maembong dan seorang jejaka bernama Iqwal.
  

Juga salah seorang penyanyi, kami yakin ada dari anda yang masih belum mengenali siapakah Iqwal Hafiz ini, kan?

Jejaka yang hangat dikaitkan dengan Chacha ini sebenarnya merupakan penyanyi yang mewakili Malaysia untuk World Championship of Performing Arts di Hollywood.


Walaupun kisah mereka sudah lama diketahui umum, namun penyanyi dan pelakon ini bijak menyembunyikan kisah cinta mereka daripada diketahui ramai.

Menerusi laman Twitter Chacha, pelakon tersebut secara terang, retweet kembali sebuah status dari peminatnya yang mendoakan agar Chacha dan Iqwal berbahagia. Ini sekaligus mengiyakan gosip mengatakan Chacha dan Iqwal bercinta.


Berbanding Chacha, Iqwal dilihat lebih kerap memuatnaik fotonya bersama pelakon tersebut, dimana penyanyi itu turut menggelarkan Chacha sebagai #princessvampire


Untuk makluman, Chacha Maembong kini sibuk mempromosikan Mamee Chef bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff manakala Iqwal pula dilihat menumpukan sepenuh perhatiannya menerusi lagu terbaru Takdir Cinta.

-OhBulan

Syarat Ketat Majlis Perkahwinan Che Ta Dan Zain

 

Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah.

 Ini menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu.

Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai.

Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir.

Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan.

Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

-Berita Harian

“Yang Penting, Saya Tak Kahwin Kat Siam”

 

Selebriti popular yang tidak sudah-sudah dengan kontroversi, Jimmy Shanley masih belum bersedia berterus terang mengenai status dirinya kini sama ada dia bergelar suami orang atau bukan.
  
“Doa-doakan. InsyaAllah. Hidup saya sekarang lebih teratur…”, kata Jimmy Shanley lantas terus mematikan kata-katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran radio Ultra.FM bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam.

Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norhajan Saleh, 33, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mendakwa dia sudah berkahwin dengan seorang janda beranak satu.

“Cerita saya sudah berkahwin seperti yang dilaporkan, bukanlah datang dari mulut saya. Tunggulah bila masanya nanti saya akan beritahu. Yang penting, saya tak kahwin kat Siam”, ujarnya yang masih enggan mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan segala spekulasi yang timbul.

“Saya akan buat sidang media tak lama lagi bagi menjawab segala persoalan. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga”, ujarnya sambil cuba terus berahsia.

Dalam pada itu, Jimmy memberitahu pada 12 Disember ini dia perlu menjalani semula proses mahkamah ekoran tuntutan bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, yang mahukan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak mereka.

“Saya ingat semuanya dah selesai tapi rupanya belum lagi. Sebelum ni mahkamah putuskan saya dapat hak penjagaan tiga hari dua malam. Tapi pihak sebelah sana berkeras tuntut hak penjagaan sepenuhnya. Demi anak saya, saya tetap akan lawan”, katanya.

Tambah bapa kepada Zahrah Rania, 2, ini pengalaman lalu cukup mematangkannya. Bahkan dia kini selesa dan gembira dengan ‘kehidupan baru’

“Saya tak malu nak cakap yang dulu tu saya yang gagal. Tapi pengalaman yang saya lalui sebelum ini ajar saya lebih matang dah lebih menghargai hidup saya sekarang.

“Sekarang saya dah move on dan saya rasa adalah lebih baik kalau saya ada keluarga baru. Yang baru ni lebih memahami dan dia seorang wanita bertudung”, katanya.

-Malaysian Digest