iklan 728x90

Pages

Sunday, 1 December 2013

Artis Batal Perkahwinan, Suami Enggan Masuk Islam!

 

Pelakon terkenal Indonesia, Asmirandah mengambil tindakan nekad dengan memohon untuk membatalkan perkahwinannya dengan aktor, Jonas Rivanno.

Difahamkan Asmirandah mengambil keputusan tersebut kerana kecewa dengan sikap Jonas yang tidak mengambil endah mengenai hal perkahwinan mereka, termasuk enggan memeluk Islam.

“Kini sudah ada peraturan baharu, jika wanita itu Islam, pasangannya juga harus Islam. Tetapi masalahnya kini Jonas enggan memeluk Islam.

“Perkara itu membuatkan Asmirandah kecewa kerana Jonas seolah-olah tidak mempercayai Islam dan dia juga.

Apatah lagi Jonas pernah mencadangkan kepada Asmirandah untuk berkahwin di luar negara bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka dan perkara itu ditentang Asmirandah,” ujar wakil Asmirandah.

-Sinar Online
 

Justin Bieber Dimarahi Ibu Tiduri Pelakon Porno

 

Biar sebanyak mana pun tatu dan otot yang cuba ditunjukkan oleh penyanyi Justin Bieber melalui laman Instagram dan konsertnya, itu tidak dapat mengubah hakikat yang dia masih seorang remaja yang dipantau keluarga.


Tersebarnya cerita dia meniduri seorang pelakon porno, Tati Neves telah membangkitkan kemarahan ibunya, Pattie Mallette.

Mallette dikatakan terus menghubungi Bieber sejurus mengetahui perkara itu kerana bimbang anaknya akan dijangkiti penyakit serius kerana melakukan hubungan rambang.

Bagi kami, memang patut dia dimarahi. Bayangkan jika dia dijangkiti virus HIV dalam usia begitu muda, tidak tahulah apa akan jadi dengan kerjayanya.

Hai, ternyata Bieber masih belum cukup matang lagi…

-Mynewshub

'Justin Bieber Remaja Biadab'

 

Bintang kegilaan remaja Justin Bieber semalam diarah agar membersihkan semburan grafiti yang dituduh dilakukannya di dinding hotel di Australia.

Datuk Bandar Gold Coast Tom Tate yang berang berkata, remaja Kanada itu biadab dan benar-benar bodoh. Dia turut menghantar alat membersihkan grafiti ke Hotel QT yang eksklusif di Surfers Paradise agar penyanyi itu dapat membersihkan kotoran itu.

“Jika individu yang waras melakukan demikian, mereka perlu menjalani 80 hingga 100 jam khidmat komuniti,” katanya kepada Nine Network.

“Datang dan bersihkan grafiti itu dan kami akan berpuas hati dengan kamu,” katanya.

Dalam satu wawancara berasingan bersama Brisbane Courier-Mail, Tate berkata: “Kita pun pernah muda tetapi berdasarkan apa yang berlaku, Bieber sudah melakukan perkara yang benar-benar bodoh.

“Namun, dia berpeluang untuk membetulkan keadaan.

Saya menggesanya menghormati bandar ini sebagaimana peminatnya di sini menghormatinya.” katanya. - AFP
 

Gambar Seksi Terbaru Nabila Huda Jadi Bualan Lagi

 

Sepanjang minggu ini memang masyarakat kita dihangatkan dengan nama Nabila sahaja.

Pertamanya, kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang dikatakan disorok hantu di Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru.

Memang kecoh negara dengan cerita ni apabila hampir kebanyakan media massa termasuk media mainstream yang memainkan topik itu sepanjang minggu ini.

Kali ini berbalik kepada seorang lagi Nabila iaitu anak kepada rockers Amy Search iaitu Nabila Huda.

Kalau sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan Nabila di laman Instagramnya, pasti tahu kini dia terlibat menjayakan watak Saloma menerusi drama bioepic primadona filem Melayu tersebut.


Semalam, Nabila ada memuat naik gambar terbarunya bergaya dengan kebaya ketat berwarna putih yang sedikit menampakkan susuk payu daranya.

Seperti biasa, pasti ada peminat yang menyokong dan mengutuk penampilan aktres itu.

Nabila yang seakan sudah lali dengan pelbagai komen di Instagramnya dilihat langsung tidak membalas segala komentar yang dilontarkan kepadanya.


Mungkin ada sesetengah pihak yang kurang gemar Nabila kelihatan terlalu seksi kerana ianya tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Diharapkan selepas ini Nabila lebih peka dengan cara pemakaiannya, kerana memang tidak dapat dinafikan dia seorang aktres yang berbakat besar, namun adalah lebih manis sekiranya pakejnya itu dilengkapi dengan imej dan ‘attitude’ yang bersih juga.

Tak gitu?

-Siakapkeli


Tindakan Shila Amzah Tidak Matang

 

Susulan pendedahan Johan As’ari yang dikatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lana Nodin, bermacam-macam spekulasi dan andaian yang timbul selepas itu.

Antaranya, tindakan penyanyi yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan Johan sebelum ini, iaitu Shila Amzah yang memuat naik status serta gambar berkaitan isu tersebut membuat peminat terus berteka-teki mengenai kesahihan status mereka satu ketika dulu.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila itu, Johan melahirkan kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak matang.

“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya yang dipetik menerusi portal Buahmulut.

Johan juga pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya itu.

“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya lagi.

Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.

Mungkin ini merupakan langkah perlahan-lahan Lana untuk berubah menjadi lebih baik seperti mana yang dikatakannya sebelum ini.

Baguslah begitu, pelan-pelan kayuh ya Johan.

-Myneshub