iklan 728x90

Pages

Friday, 1 November 2013

Kerana Kahwin, Ramai Wartawan Tak Puas Hati Dengan Farawahida

 

Kerana Kahwin,Ramai Wartawan Tak Puas Hati Dengan Farawahida | Kalau ikut perancangan, Disember ini bakal menyaksikan Farawahida Razali menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan.Ramai yang tumpang gembira dengan berita tersebut. Namun dalam kegembiraan itu ada juga yang tidak berpuas hati dengan penyanyi lagu Tanpamu itu. 

Semuanya gara-gara dia sering melarikan diri daripada media apabila diminta untuk berkongsi cerita kahwin selain merahsiakan identiti kekasihnya yang dikatakan bekerja di sektor kesihatan itu. Berdiri atas nama prinsip kata Farawahida, dia punya alasan mengapa ada sesetengah perkara harus dirahsiakan terlebih dahulu.

Malah kata Farawahida yang berasal dari Taiping, Perak dengan tegas berkata, dia tidak pernah melarikan diri daripada mana-mana pemberita hanya kerana enggan menjawab soal kahwin.

"Saya tak lari pun. Kebanyakan masa, saya ada berkongsi cerita kahwin. Tak adalah sampai nak larikan diri, tak nak cakap langsung apabila ditanya.

"Tapi ada juga sebahagian daripada hal kahwin itu saya tak cerita. Orang tanya siapa bakal suami, saya tak dedahkan sangat.

"Kena faham kenapa saya buat macam itu. Saya ada banyak hati yang perlu dijaga," katanya.

Tambah beliau lagi, dia juga terpaksa berbuat demikian kerana enggan ada pihak yang tidak  bertanggungjawab cuba mengaitkan kontroversi lampaunya dengan situasi sekarang.

"Cuba fahami situasi saya yang sedang dalam proses nak bina hidup baru. Bertanya pasal hal kahwin tak pernah jadi isu besar pun, saya okey saja kalau niatnya untuk berkongsi dengan semua.

"Cuma saya tak berapa berkenan bila sebarang kenyataan yang saya berikan tiba-tiba ada pihak yang mahu kaitkan dengan pihak yang sebelum ini (kontroversi dulu).

"Terus-terang saya tak suka. Saya malas nak cerita hal lama, saya pun kena hormat bakal suami saya sebab kami bakal bina hidup bersama," katanya.

Menganggap hal-hal lama tidak perlu lagi dikenang atau disebut-sebut, Farawahida mengaku lebih selesa bercakap hal yang perlu sahaja. Turut mengaku memahami tugas pengamal media, Farawahida bagaimanapun tahu batas diri untuk tidak menyekat sebarang penulisan yang dikeluarkan.

"Tak pernah pun sebelum ini saya melarang dan cakap jangan tulis apa-apa isu. Kalau kenyataan itu memang saya cakap, tulislah tak apa. "Tapi kalau boleh, janganlah lagi petik cerita lama sebab saya memang mahu melupakannya. Saya tak mahu ada sebarang gangguan ketika saya dalam proses nak ke fasa baru dalam hidup ini.

"Jadi adalah lebih baik saya begini dan saya harap tidak ada pihak yang terasa. Mohon semua hormati keputusan saya. Insya-Allah, bila tiba hari besar itu nanti, saya akan uar-uarkan pada semua," katanya.

Farawahida sebelum ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan seorang komposer terkenal sebelum kemudiannya terlibat dalam satu konflik melanggar kontrak syarikat rakaman milik komposer itu.

Kurang lebih dua bulan sahaja lagi menanti hari untuk sah bergelar isteri pujaan hati, Farawahida mengaku ada debaran datang bertandang. Namun dia enggan terlalu memikirkan perkara itu memandangkan dia sudah lama bersedia untuk berkahwin.

"Tapi hakikatnya, kalau orang tanya dah bersediakah nak kahwin, saya sebagai manusia biasa, tak boleh nak ulas sangat. "Sekarang ini semua memang okey saja," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan bakal suami terhadap kerjaya Farahwahida sebagai penyanyi selepas berkahwin nanti, kata wanita yang turut digelar Kajol Malaysia ini, dia bertuah kerana bakal suaminya itu begitu memahami.

"Kami dah kenal lapan tahun, mustahil kalau dia tak faham kerja saya. Dia memahami. Alhamdulillah. "Malah sebelum ini pun dia ada beberapa kali menemani saya ke lokasi persembahan," katanya yang memberitahu jejaka pilihan hatinya itu berusia 29 tahun.

Menyentuh mengenai persiapan perkahwinan, kata Farawahida, segalanya berjalan lancar dan akan mengedarkan kad jemputan tidak lama lagi.

"Maaflah saya tak boleh dedahkan tarikh sebenar. Tunggu kad nanti ya!" katanya yang juga bakal muncul dengan single baru selepas Jangan Tanya Aku Lagi.

Shah Iskandar Anggap Diana Nasir Macam Kawan Saja

 



Shah Iskandar Anggap Diana Nasir Macam Kawan Saja | Pelakon Shah Iskandar menafikan dia mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan kakak Anzalna, Diana Nasir.

Ini berikutan laporan sebuah akhbar mingguan berserta gambar mesra mereka yang turut dikepilkan bersama mengatakan kedua-duanya sedang dilamun cinta.

Mengulas mengenai perkara itu, Shah berkata, “saya mengenali Diana Nasir lebih kurang tiga ke empat bulan lalu dan saya tahu dia adalah kakak kepada Anzalna. Sebelum ini kami memang pernah keluar lepak tapi beramai-ramai. Tidak pernah lagi berdua”.



“Jujurnya, saya baru terbaca akan gosip tersebut. Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain disekeliling kami,” jelasnya menerusi Media Hiburan.

Ketika ditanya perasaan kepada wanita tersebut, Shah mengatakan dia hanya menganggap Diana sebagai kawan biasa sahaja.

Shah yang kini berada di Cape Town kerana terlibat dengan rancangan Fear Factor 2 akan segera bertanyakan hal ini sendiri kepada Diana sekembalinya dia ke tanah air kelak.

Mungkinkah Diana hanya bertepuk sebelah tangan?

Namun daripada status yang dikongsikan Diana nampaknya seperti dia sudah tangkap cintun dengan aktor tersebut.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE

Read more: http://aiskosong.com/2013/10/shah-iskandar-anggap-diana-nasir-macam-kawan-saja/#ixzz2jJ2tvrwM


Gambar Mesra Rody Kristal & Teman Wanita

 



Sebelum ini agak jarang penulis berkongsi cerita-cerita peribadi mahupun kerjaya seni ahli kumpulan Kristal bukan? Kalau ada pun sekitar pertengahan Mac lalu, itu pun berkaitan program Versus 2 yang disertai oleh mereka.

Namun begitu, baru-baru ini, pemain gitar kumpulan tersebut, Rody dilihat aktif berkongsi beberapa foto mesranya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Zazarinna.

Melalui perkongsian foto tersebut, Rody dan wanita itu kelihatan sangat mesra dan mereka dilihat sering menghabiskan masa terluang bersama.Bagaimanapun, meneliti ruang komen yang terdapat pada foto tersebut, rata-rata pengikut serta teman Rody bersetuju jika suatu hari nanti mereka disatukan dan lebih menarik lagi apabila ramai yang berpendapat wajah mereka seiras.

Walaupun ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini, akan tetapi Rody dan Zazarinna lebih selesa untuk berdiam diri dan membiarkan teman-teman berteka teki mengenai status sebenar hubungan mereka.

Apa pun, jika benar mereka bercinta, diharapkan semoga hubungan tersebut akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Bila sudah tiba masa untuk makan nasi minyak, jangan lupa jemput ya.

Meskipun kemesraan jelas terpancar diwajah kedua-dua pasangan ini, akan tetapi Rody lebih selesa menggelar Zazarinna sebagai kawan ataupun teman baiknya sahaja.



Read more: http://aiskosong.com/2013/10/gambar-mesra-rody-kristal-teman-wanita/#ixzz2jJ26aQr6


Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah



Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah |Pelakon Siti Saleha mengakui dia sudah pun memiliki seorang kekasih berbangsa Eropah dan hubungan itu sudah terjalin sejak empat bulan lalu.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 23, bagaimanapun berkata, perhubungan itu tidak bermakna dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini kerana masih lagi mengenali hati budi antara satu sama lain.


“Biasalah, kita perlukan warna dalam kehidupan ini dan benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini.


“Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin,” katanya.

Saleha ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Simplysiti yang terbaharu iaitu Simplysiti White & Detox di restoran The Apartment pusat beli belah KLCC di sini pada Sabtu.

Tambah pelakon filem Balada Pencinta itu, bagaimanapun dia tidak mahu menceritakan lebih lanjut mengenai identiti kekasihnya itu.

Sementara itu, pada pelancaran produk Simplysiti, Datuk Siti Nurhaliza yang turut menghadiri majlis tersebut mengumumkan Saleha sebagai duta bagi set produk Simplysiti White & Detox.

Beritahu Saleha, dia menyifatkan pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Simplysiti menyuntik semangatnya dalam berkongsi informasi kepada para remaja mengenai penjagaan wajah.

Katanya, dia merupakan seorang yang sangat peka terhadap hal-hal kecantikan wajah dan apabila ditawarkan sebagai duta produk itu, dia terus menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya ditawarkan sebagai duta pada Ogos lalu dan sebelum itu mereka memberikan saya sampel produk tersebut untuk mencubanya.

“Selepas melihat kelebihan produk ini yang memberikan kesegaran pada wajah, saya terus memutuskan untuk menerima tawaran tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia yakin, pemilihan Saleha sebagai duta produknya dapat menarik lagi perhatian pembeli daripada kalangan remaja yang menginginkan produk pencerahan wajah.

“Saleha seorang yang sentiasa ceria dan aktif dalam setiap kerja yang dilakukan dan lihatlah, dia memiliki peminat yang ramai.

“Kerana itu saya percaya pemilihan Saleha sangat bertepatan dengan keinginan pihak Simplysiti yang ingin menarik perhatian golongan remaja,” tuturnya.-mStar

Read more: http://aiskosong.com/2013/10/siti-saleha-akui-bercinta-dengan-lelaki-eropah/#ixzz2jJ1hYIY9

Nora Danish Bertemu Jodoh Dengan Pekebun?

 



Selepas kisah mereka berdua bercuti ke benua Eropah menjadi perhatian ramai, pastinya banyak mulut mulut yang tidak mampu dikawal dari bercakap dan meninggalkan komen yang bukan bukan di akaun Instagram pasangan ini.

Semalam, Nora Danish dan Nadeem Nazri memberikan kenyataan balas tentang isu ini kepada semua yang di’anggap tidak berpuas hati dengan kehidupan yang mereka jalani lebih lebih lagi hubungan cinta yang mereka jalinkan ketika ini.



Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Nora Danish sebelum kembali mengirimkan gambar penuh seni dan romantis mereka berdua yang masih berada di Eropah ketika ini. Kami sebenarnya lebih tertarik dengan kenyataan Nadeem Nazri ini.



Ya, anda semua yang rasa cemburu dengan gaya hidup Nadeem Nazri perlu mula bekerja keras untuk memiliki cukup wang & seterusnya mampu menikmati hidup seperti beliau.-rotikaya

Read more: http://aiskosong.com/2013/10/nora-danish-bertemu-jodoh-dengan-pekebun/#ixzz2jIzvCygN