iklan 728x90

Pages

Tuesday, 1 January 2013

Pelakon & Model Kena Tangkap Angkara Dadah

Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya pada Harian Metro.

Wah siapakah artis itu…macam dapat agak je…tapi tak mengapalah.

Biar polis jalankan siasatan mereka, kalau benar terbukti, tunggu jelah berita dari mahkamah nanti!

Wanita Umur 20 Memiliki Anak 18 Tahun


Ma Seung-Gi dari Korea, wanita ini berusia 45 tahun dan merupakan salah satu peserta Peraduan SBS Dongan tahun lepas (satu pertandingan untuk orang-orang yang kelihatan muda daripada umur sebenar). Ma Seung-Gi mempunyai anak lelaki berusia 18 tahun dan seorang anak perempuan.


(atas) Gambar Ma ketika menyertai Peraduan SBS Dongan

Bersama anak gadisnya - hehe macam kembar pula



Pertandingan Ratu Cantik Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Di China

Memang China ini pelik dan berani memcuba sesuatu yang baru walaupun tidak sesuai. Antaranya adalah pertandingan ratu cantik untuk pelajar sekolah menengah bagi peringkat kebangsaan. Pelajar ini dikehendaki melakukan pelbagai benda termasuk memakai pakaian yang ketat. Memang tidak sesuai untuk pelajar bawah umur ini.














Best Sangat Buat Macam Ini Dengan Awek


Apa yang best sampai nak buat macam tu di tempat awam? Ke style sekarang badan jadi tempat letak kaki pompuan?

Artis K-POP Dengan Fesyen Paling Pelik


Choi Yeo Jin tampil di MBC's Dancing with the Star Musim Kedua dengan fesyen seolah dia terlupa memakai seluar. Acara ini berlangsung di Grand Ambassador Seoul Hotel.