iklan 728x90

Pages

Sunday, 30 December 2012

Gara-Gara ‘Girlfriend’ Bergambar Dengan Duit, Si Pakwe Diberkas Polis!


Kata orang ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah’.

Itulah yang berlaku kepada sepasang pasangan kekasih di negara China, baru-baru ini.

Ceritanya apabila si teman wanita yang berkerja di kelab malam Zhenjiang ini telah mengambil gambar bergaya sakan dengan duit kertas yang bertimbun.

Lalu memuat naik gambar berkenaan di internet. Tujuannya untuk ‘show off’ dengan rakan-rakan.

Namun, tindakannya yang ingin berlagak itu telah membawa padah kepada penangkapan teman lelakinya yang berusia 50-an dan dikenali dengan nama Chen.

Rupa-rupanya, Chen ini adalah ketua pengedar dadah yang bergerak aktif di Fujian dan Jiangsu!

Kan dah kena… Siapa suruh nak berlagak lagi!


druglord 02



Penari Ditanggal Seluar Separuh Bogel Di Pentas


Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.

Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!

Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu! 

1

2



Pelakon Baru Disuruh Berbogel Untuk Fotografi



Walaupun masih baru di dalam bidang lakonan drama, namun nama Fahd Rafael bukanlah asing kerana sering diberi peranan utama dalam iklan-iklan berjenama besar.

Jejaka berusia 21 tahun ini pernah menjayakan iklan minuman berkabonat Coca-Cola, Suzuki (2010), Mcdonald’s (2010), Digi (2011), Suzuki Nex (2012) dan Shieldtox Watercolour (2012).

Berkongsi pengalaman sebagai pelakon iklan, Fahd mendedahkan pernah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya apabila disuruh beraksi bogel untuk sebuah sesi fotografi!

Peristiwa itu terjadi beberapa tahun lalu ketika dia sibuk melalui uji bakat untuk berlakon iklan televisyen tempatan.

“Saya terkejut apabila beberapa pihak meminta saya melakukan aksi pelik iaitu berbogel untuk sesi fotografi dengan alasan untuk karya hasil seni bagi dipertandingkan di sebuah acara,” katanya.

Tetapi, selepas meneliti permintaan itu, dia mendapati acara yang dimaksudkan tidak wujud menyebabkan dia mula mencurigai tawaran berkenaan.

Pun begitu, Fahd mengakui sebelum ini dia pernah melakukan satu adegan yang memperlihatkan dia seperti bertelanjang untuk sebuah iklan.

Tetapi adegan itu hanya sekadar memenuhi undangan pelajar fotografi dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) bagi tujuan pendidikan.

“Saya mengaku, saya pernah beraksi sedemikian untuk projek fotografi seorang pelajar Aswara, apabila badan saya yang seperti tidak berbaju itu di simbah dengan cecair coklat.

“Sebenarnya saya tidak berbogel tetapi memakai seluar pendek. Cuma gayanya sahaja menampakkan saya seperti tidak memakai apa-apa. Ia adalah bagi tujuan pendidikan pelajar itu,” katanya.

Jelas pemuda ini lagi, dia tidak berhasrat mengulangi perkara itu lagi kerana bimbang ada pihak yang mahu menjatuhkan kerjayanya pada masa akan datang.

Ditanya mengenai arah tujunya dalam bidang seni Fahd berhasrat untuk menjadi pelakon drama dan sedang berjinak-jinak dalam bidang berkenaan.

“Saya perlu memberi tumpuan pada bidang lain juga untuk perkembangan bakat saya. Tidak hanya menjadi model iklan semata-mata kerana setiap hari ada saja model-model baru yang akan muncul dengan kelebihan masing-masing,” tambahnya.

Britney Spears Bersetubuh Dengan Adik Ipar Sendiri!


Britney Spears nampaknya harus berdepan dengan satu lagi kontroversi setelah bekas adik iparnya, Christopher Federline mendakwa anak sulung Britney sebenarnya adalah anaknya.

Tambah mengejutkan, adik kandung Kevin Federline (bekas suami Britney) itu mengaku pernah berselingkuh dengan Britney.

Gosip terbaru ini benar-benar mengejutkan dunia hiburan negara Uncle Sam itu.

radarfed_0

Dalam laporan Showbizspy menyebut sebelum bernikah dengan Kevin, Britney sebenarnya sedang mengandung anak hasil perselingkuhan itu. Malah Christopher cukup yakin, Sean Preston yang kini berusia 7 tahun adalah anak kandungnya.

Christopher juga menggambarkan Britney sebagai wanita gila. Serangan itu dilepaskan Christopher setelah dirinya mengaku menghadapi banyak kerugian. Selama berhubungan dengan diva pop itu, dia mengaku dompetnya kerap digeledah dan kad kredtnya dicuri.

829_1341581317

“Dia (Britney) berada di luar kawalan dan gila. Saat dia pergi ke rumah Kevin untuk menjemput Sean Preston dan Jayden James, dia berani mengambil dompet dan mencuri salah satu kad kredit saya,” ujarnya.

Christopher membuat laporan di mahkamah Tampa, Florida Amerika Syarikat pada 18 Disember lalu. Dalam laporan itu menyebut Christopher meminta pihak pengadilan menahan Britney.

Christopher mendakwa dirinya telah kerugian kira-kira USD200 juta gara-gara Britney. Dia juga mengaku diperas oleh ibu dua anak itu.

“Chris mengatakan perselingkuhan itu adalah kesalahan. Dia sering merasa bersalah apabila mengingatkan kembali hal itu. Dia tidak mahu isterinya, Aliah, tahu mengenai perselingkuhan itu,” ujar sumber yang dekat dengan Christopher. - mD


Kaki Gadis Comel ini Pasti Memikat Hati Anda

Bukan saja muka yang comel tetapi juga kakinya. Memang licin dan lurus sangat-sangat. Tengok kaki sudah tahu bertapa comelnya awek ini. Hebat