iklan 728x90

Pages

Tuesday 31 December 2013

DIANA DANIELLE PUN DAH START MENGELUH!!!

 

"Siapa yang suka barang naik???" Itu soalan yang diajukan oleh pelakon Diana Danielle ni dalam laman media Sinar Harian hari ini. Nampak gayanya dah semakin ramai yang mengeluh.

Pun masih lagi Pak Menteri tu nak kata yang semua orang setuju dengan kenaikkan harga barang? Pun dia masih lagi nak kata orang ramai tak boleh nak mengeluh pasal isu tu?

Twitter Diana
Kamon la Pak Menteri. Jangan la buat andaian yang bukan - bukan. Tak sepatutnya seorang Menteri keluarkan kenyataan macam tu. Nak pulak kalau itu bukan portfolio dia.

Tapi, memang betul apa yang Si Diana Danielle tu tanya. Siapa yang suka kalau harga barang ni naik? Semua orang pun akan terima kesan jika ianya naik mendadak.

Itu pasal sesetengah pihak yang masih ada otak ni buat bantahan secara terbuka. Bukan dengan cara buat himpunan dengan tujuan nak menggulingkan Kerajaan.

Sewajarnya, jika harga barang keperluan tu nak dinaikkan, biar la ianya dilaksanakan secara berperingkat - peringkat. Bukannya dinaikkan secara mendadak. Itu yang tak betulnya.

Dan semua orang pun tau. Yang menaikkan harga barang ni pun bukannya pihak Kerajaan. Sebaliknya, tokey - tokey Cinabeng yang dah memang kaya raya tu yang naikkan harga.

Maka, pihak Kerajaan perlu memantau kenaikkan harga barang yang tak terkawal ni supaya rakyat tak terbeban dengan tindakan rakus Ah Beng - Ah Beng ni. Itu je yang Kerajaan perlu buat.

Dan bagi mereka yang rasa kenaikkan barang tu tak wajar berlaku, diorang boleh pergi ke laman web PENGGUNA atau buat laporan di kaunter - kaunter yang ada. Baru la ianya mendatangkan faedah. Bukannya dengan cara nak berguling - guling atas jalan raya!!!


GAMBAR: Jovian Mandagie Dan Nina Berbulan Madu

 

SERONOK rasanya melihat gambar-gambar bulan madu pasangan pengantin baru, Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri di laman Instagram mereka.

Memilih Eropah termasuklah Rome dan Turki sebagai destinasi cinta mereka, jelas terpancar kegembiraan pada wajah kedua-duanya.

Apa pun, mari layan gambar bulan madu Jovian dan Nina yang telah disatukan pada 11 Disember lalu.








Oleh: ELZA


UPDATE: Akhirnya Neelofa Jawab Isu Ditangkap Khalwat

 

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menganggap dakwaan dia ditangkap khalwat pada Khamis lalu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang selebriti.

Neelofa, 24, menerusi laman Instagramnya pada Sabtu berkata, dia kesal dengan laporan yang dikeluarkan tentang perkara itu tanpa sebarang bukti kukuh sebelum menuduhnya.

“Kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam sisi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.

Tambah Neelofa, dia mengakui tidak mengetahui tentang hal tersebut sehingga ia tersebar dan memberitahu berita berkenaan adalah fitnah semata-mata.

“Jika benar saya ditangkap khalwat pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada di luar negara untuk meneruskan pengajian saya.

“Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut, terima kasih,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Neelofa turut menegur tindakan pihak wartawan supaya mendapatkan maklumat yang sahih sebelum menulis sesuatu artikel.

“Sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini. Artikel tidak masuk akal seperti ini boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti seseorang artis.

Sementara itu, pengurus kepada Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip dalam satu laporan pada Sabtu menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat seperti didakwa.

Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur sehingga pukul 2.30 pagi.

Jelas Amer lagi, Neelofa kemudiannya bergegas pulang ke rumah untuk mengemas barang dan bersiap-siap kerana perlu ke ke lapangan terbang pada 5.30 pagi dan beangkat ke London 4 jam kemudiannya.


“Kalau Masuk Islam, Saya Akan Buat Dari Hati”

 

PENYANYI yang terkenal dengan jolokan ratu tari dek kelincahannya menari, Stacy, memberitahu kalau satu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam, dia mahu keputusannya itu atas kehendaknya dirinya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya iaitu penyanyi Akim Ahmad.

“Ia perkara yang sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatahlagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ikhlas dari hati saya sendiri dan bukan sebab sesiapa”, kata gadis berusia 23 tahun ini kepada Malaysian Digest.

Pemilik Stracie Angie Anam ini ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music, Damansara, Jumaat lalu.

Begitupun, akui anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, sejak akhir-akhir ini dia memang banyak bertanyakan perihal agama Islam kepada Akim.

“Kalau berjumpa, kami selalu juga bertanyakan pada dia (Akim) dan kami masing-masing berkongsi perihal agama masing-masing. Dari situ saya baru tahu, oh agama saya sebenarnya tidak banyak beza pun dengan Islam.

“Kalau dulu semasa tinggal di kampung, pergaulan saya terhad dan orang sekeliling kebanyakannya penganut Kristian. Tapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.

“Kerana itu juga saya berasa kagum semakin berminat untuk mengetahui tentang agama Islam”, katanya yang sudah enam tahun menetap di ibu kota.

Dalam pada itu, berongsi pula mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia, Stacy berkata, dia berasa bertuah apabila ditawar merakamkan lagu bersama kumpulan yang mendapat sokongan peminat yang mencecah 6.7 juta orang itu. Lantas ia juga satu peluang yang cukup besar buat Stacy untuk memperkenalkan namanya di negara Indonesia.

Lebih menggembirakan, kata Stacy, dek kerana pengaruh kumpulan itu yang sangat kuat dan mempunyai pengikut yang cukup ramai di Indonesia dan Malaysia, secara tidak langsung peminatnya sendiri juga kini semakin bertambah.

“Pengikut Facebook saya sudah mencecah satu juta sejak lagu kami dilancarkan dan pengikut baharu itu rata-rata dari Indonesia.

“Saya melihat ia satu perkembangan baik untuk kerjaya saya dan bertuah dapat melakukan kolaborasi dengan mereka,” katanya.

Pada majlis pelancaran tersebut, Stacy dan SM*SH turut menyampaikan beberapa buah lagu termasuklah lagu duet mereka iaitu Hello di hadapan 100 peminat. – malaysiaDigest 

Kehidupan ‘Adventure’ Juliana Evans Di US

 

Walaupun jauh di perantauan kerana melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat namun pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Juliana Evans tetap mengirimkan post-post dan gambar-gambar terbarunya sepanjang di sana.

Terbaru, Jue berkongsi pengalamannya menaiki helikopter yang dipandu seorang juruterbang yang berasal dari Malaysia.

Penggembaraan Jue dari Titusville ke Melbourne, Florida itu difahamkan ada kaitan dalam menyiapkan tugasan dokumentarinya.  

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MuwND6HBM7I

Inilah Ciuman Yang Bernilai USD350K

 

Hanya dengan bercium, selebriti ini boleh melakukan amal. Ciuman yang mereka lakukan dihargai dengan mahal. Bagi mengumpulkan dana untuk kajian, George Clooney memberikan ciuman untuk seorang wanita muda. Wanita tersebut membayar (untuk amal) USD 350 ribu untuk mendapatkan ciuman dari aktor tampan itu.

Inilah Gadis Universiti Paling Cantik Di China

 

Mungkin korang tdak tahu malah tidak pernah dengar nama Zhang Zetian. Akhir-akhir ini nama Zhang Zetian begitu popular di negeri tirai buluh China terutama di dunia maya. Ini kerana Zhang dinobatkan menjadi mahasiswi tercantik di China. Zhang Zetian yang mendapat gelaran Perempuan Penyuka Teh (Milk Tea Girl) mulai memposting foto dirinya di Baidu, dengan memegang secangkir teh susu pada tahun 2009 saat bersekolah di Nanjing, China. Sejak saat itulah pren kecantikan dirinya perlahan-lahan mula tersebar ke pengguna internet di China dan dianggap sebagai mahasiswa paling cantik.

Kemudian pada tahun 2011 Zhang berjaya masuk di Universiti Tsinghua, China mengambil jurusan Kemanusiaan sampai sekarang. Masih mahu lihat foto Zhang Zetian yang konon mahasiswa tercantik di dataran China? Tenang Pren masih ada fotonya.



Sumber: http://tabekpuang.blogspot.com/
 

Johan Asari Tipu Lana Nordin?

 

Isu putusnya hubungan diantara Lana Nordin dengan Johan Asari memang dah lama berlalu namun disebalik kejadian itu ramai masih tidak mengetahui apa yang terjadi.
Dan ini adalah kenyataan Lana apabila diwawancara secara penuh oleh portal Utusan baru-baru ini. Jom kita dengar kata Lana sendiri.


Tahniah, Azura Zainal & Cristiano Genuino Da Silva Kini Suami Isteri Yang SAH

 

Tahniah diucapkan kepada penyampai radio dan pengacara popular, Azura Zainal yang telah pun selamat menjadi isteri kepada, Cristiano Genuino Da Silva pada 28 Disember lalu.
  
Menurut info, majlis pernikahan ini telah berlangsung secara sederhana tetapi meriah di Restoran Subak, Sungai Penchala dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan artis.


Semoga ikatan yang dibina akan kekal hingga ke akhir hayat disamping dianugerahkan zuriat yang bakal mewarnai dan memeriahkan lagi hidup mereka.


10 Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Yasmin Hani

 

"Mummy gagahkan diri utk cukur kepala prince mummy ni.. Thanks daddy for holding him n thx #noahismailwong for being such a good boy today.. Mummy loves u!!", Begitulah caption pada Instagram Yasmin Hani tentang majlis bercukur dan berendoi putra sulungnya itu.
  
"My prince #noahismailwong was sooo well behaved! Tido during berendoi, during cukur, during eh everything lah.. Only feeding time je he wud tell me.. Hahaha love u son!!"

Untuk info, majlis ini diadakan dikampung halaman Yasmin yang terletak di di Kuala Selangor. Ikuti beberapa lagi gambar majlis cukur jambul dan berendoi anak Yasmin Hani dibawah.

10 Gambar Sekitar Majlis Cukur Jambul Anak Yasmin Hani

Julia Ziegler Buat Report Polis, Tak Halalkan Wang Ditipu Pengurus Artis

 

Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.

Menurut Julia, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.

“Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

“Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula,” katanya ketika dihubungirakan media.

Tambah Julia, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.

Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-katanya.

“Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.

“Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal,” katanya.

Julia berkata, selepas menghubungi beberapa nama artis yang sering pernah bekerjasama dengan wanita ini, barulah dia sedar tentang penipuan tersebut.

Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.

Dalam masa yang sama, pelakon Rita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.

Dalam pada itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

“Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran.

“Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan,” katanya.

Sebelum ini, admin pernah menyiarkan artikel berkaitan 3 selebriti bersama krew Melodi menyerang bekas PA Intan Ladyyana tersebut menerusi tajuk "PANAS~ Intan Layana,Rita Rudaini & Julia Ziegler Serang PA Penipu"

Gambar ‘Comolot’ Tutup Mulut Pengkritik Rumahtangga Marion & SM Nasaruddin

 

Siapa yang tidak mengenali pasangan ‘Power Couple’ ini.

Kebahagiaan Marion Caunter dan SM Nasaruddin sekeluarga tidak perlu dipertikaikan lagi lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua puteri comel mereka, Leia dan Lana.

Namun, baru-baru ini terdapat gosip mengatakan si suami mempunyai skandal dengan seorang selebriti yang cantik.


Seakan-akan mahu menunjukkan keutuhan rumah tangga mereka masih lagi berjalan seperti biasa, romantis seperti dulu, Marion Caunter sempat memuat naik gambar cium mulut bersama Nasaruddin di laman Instagramnya.


Mungkin dengan perkongsian gambar ini, Marion mengharapkan orang di luar sana tidak lagi membuat gosip-gosip liar berhubung rumah tangganya.


Untuk makluman, mereka sekeluarga kini sedang bercuti akhir tahun di negara jiran, Singapura bersama-sama ahli keluarga Marion yang lain.



5 Gambar Percutian Aeril Zafril & Wawa Zainal di London

 

Selepas menyaksikan ramai selebriti bercuti keluar negara bagi menikmati masa rehat mereka, terkini pasangan yang pernah dilanda kontroversi hebat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal juga mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama di London.

Memang cute gambar mereka berdua...terlihat keromantisannya....Namun begitu tak pula kelihatan gambar anak mereka, apapun semoga Aeril Zafrel dan Wawa Zainal terus bahagia selamanya. Jom layari beberapa gambar percutian mereka di London.


Apapun, tercuit melihat gambar bayi mereka Muhammad Attar yang dimuat naik di Instagram Wawa, kata Wawa
"Budak kecik ni kann suka isap kaki dia..nak adik ke?hahahha no...no..blom masanya syg"
5 Gambar Percutian Aeril Zafril & Wawa Zainal di London